Home » Permohonan » Syarat Permohonan Kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022

Syarat Permohonan Kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022

vm_meletop August 29, 2021

Permohonan kemasukan MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2022 kini telah dibuka bagi calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah sekolah berasrama penuh dibawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan sistem pendidikan di MRSM digubal berteraskan Sains, Teknologi,, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembangunan karater para pelajar supaya menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Syarat-syarat Permohonan Kemasukan MRSM mengikut Program

Sehingga ke hari ini MRSM mempunyai 55 buah MRSM yang terletak di Semenanjung Malaysia sehinggalah ke Sabah dan Sarawak. Setiap MRSM dikhususkan dengan 6 program sistem pendidikan MRSM. Senarai dan syarat permohonan adalah mengikut program yang ditetapkan seperti berikut:

MRSM Program Premier

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM yang berteraskan STEM merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Modul program ini ditawarkan di 31 buah MRSM seperti berikut:

1. MRSM Batu Pahat, Johor
2. MRSM Mersing, Johor
3. MRSM Muar, Johor
4. MRSM Baling, Kedah
5. MRSM Merbok, Kedah
6. MRSM PDRM Kulim, Kedah
7. MRSM Pendang, Kedah
8. MRSM Jeli, Kelantan
9. MRSM Kuala Krai, Kelantan
10. MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
11. MRSM Terendak, Melaka
12. MRSM Serting, Negeri Sembilan
13. MRSM Muadzam Shah, Pahang
14. MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang
15. MRSM Arau, Perlis
16. MRSM Beseri, Perlis
17. MRSM Felda Trolak, Perak
18. MRSM Gerik, Perak
19. MRSM Lenggong, Perak
20. MRSM Pasir Salak, Perak
21. MRSM Pengkalan Hulu, Perak
22. MRSM Sultan Azlan Shah, Perak
23. MRSM Transkrian, Pulau Pinang
24. MRSM Betong, Sarawak
25. MRSM Kuching, Sarawak
26. MRSM Mukah, Sarawak
27. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
28. MRSM Tun Mustapha, Sabah
29. MRSM Besut, Terengganu
30. MRSM Kuala Berang, Terengganu
31. MRSM Kuala Terengganu, Terengganu

Syarat Kemasukan:

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 sehingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 sehingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022
  6. Calon dari sekolah kebangsaan/ sekolah menengah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

MRSM Program IGCSE

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawan serta modul kemahiran insaniah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

12 lokasi MRSM menawarkan program ini seperti berikut:

1. MRSM Johor Bahru, Johor
2. MRSM Kubang Pasu, Kedah
3. MRSM Langkawi, Kedah
4. MRSM Tumpat, Kelantan
5. MRSM Alor Gajah, Melaka
6. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
7. MRSM Kuantan, Pahang
8. MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
9. MRSM Parit, Perak
10. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
11. MRSM Kuching, Sarawak
12. MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

Syarat Kemasukan:

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 sehingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
  6. Calon dari sekolah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

MRSM Program Ulul Albab

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

7 MRSM menawarkan Program Ulul Albab adalah seperti berikut:

1. MRSM Kota Putra, Terengganu
2. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
3. MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
4. MRSM Sungai Besar, Selangor
5. MRSM Semporna, Sabah
6. MRSM ATM Bera, Pahang
7. MRSM Bagan Datuk, Perak

Syarat Kemasukan:

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 sehingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
  6. Calon dari sekolah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

MRSM Program Teknikal

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Hanya 1 MRSM yang menawarkan program ini iaitu MRSM Bentong, Pahang.

Syarat Kemasukan

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Teknikal
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 sehingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
  6. Calon dari sekolah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

MRSM Program IB-MYP

MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires), berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).

3 MRSM yang menawarkan program ini seperti berikut:

1. MRSM Tun Dr Ismail, Johor
2. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
3. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah

Syarat Kemasukan

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 sehingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
  6. Calon dari sekolah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

MRSM Program Bitara

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

3 MRSM berikut menawarkan program ini

1. MRSM Taiping, Perak
2. MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
3. MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan

Syarat Kemasukan

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2006 sehingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022
  6. Calon dari sekolah menengah kebangsaan sahaja
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklist) oleh MARA
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Program Bantuan Kewangan dan Kebajikan MRSM, MARA

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

1. Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)

Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.

2. Pemberian Wang Saku (WS)

Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM. Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

3. Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WC)

Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar B40 yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM. Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Calon bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 diwajibkan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sebagai salah satu syarat untuk permohonan kemasukkan MRSM bagi tahun 2022 yang merangkumi subjek-subjek seperti berikut:

  1. Keperibadian – masa diberikan 30 minit dengan jumlah soalan sebanyak 100 soalan objektif
  2. Sains – masa diberikan 30 minit dengan jumlah soalan sebanyak 30 soalan objektif
  3. Matematik – masa diberikan 30 minit dengan jumlah soalan sebanyak 20 soalan objektif
  4. Bahasa Inggeris – masa diberikan 30 minit dengan jumlah soalan sebanyak 15 soalan objektif
  5. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 – masa diberikan 35 minit, ujian hafazan dan ujian jawi (bagi pemohon program Ulul Albab)
  6. Ujian Teknikal Tingkatan 1 – masa diberikan 35 minit untuk menjawab (bagi pemohon program teknikal.

Soalan-soalan UKKM merangkumi silibus Tahap 2 Sekolah Rendah untuk calon Tingkatan 1 dan bagi calon Tingkatan 4 merangkumi silibus Menengah Rendah.

Cara Permohonan Kemasukan MRSM secara atas talian

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan kemasukan MRSM secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Untuk mendaftar pemohon boleh klik pada pautan permohonan berikut https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ dimana permohonan diatas talian akan bermula jam 10.00 pagi.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) pemohon boleh melayari pautan berikut https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Leave a Comment