Home » Gaya Hidup » 5 Fakta Lazy Keto Wajib Diketahui Sebelum Mengamalkannya

5 Fakta Lazy Keto Wajib Diketahui Sebelum Mengamalkannya

vm_meletop November 25, 2022

Lazy Keto ini bertujuan untuk mudah mengamal Diet Keto, sebab ramai orang keliru bahagian sana berapa gram karbo, bahagian sini berapa gram lemak dan sebagainya. Apabila asyik memikir manjang menjadikan diet keto ini menjadi renyah dan tidak ramai yang berjaya melakukannya.

Di artikel ini kami kongsikan beberapa perkara penting untuk diketahui sebelum membuat Lazy Keto untuk diperhatikan bagi memudahkan kehidupan harian.

Fahami Lazy Keto Dengan Mudah

1. Utamakan makanan yang sebenar, jarangkan makanan yang diproses. Contoh makanan diproses seperti nampak macam ayam tapi bukan ayam. Begitu jugak isi ikan yang bunyi dia macam ikan tapi bukan ikan 100% sebenarnya seperti fishcake dan fishball. Dalam diet lazy keto ia mengutamakan the REAL thing atau makanan sebenar.

2. Pengambilan sayur hijau jika penuh semangkuk pun jangan risau, biasanya tidak sampai pun 20 gram Karbo. Eksperimen banyak mana nak makan. Kebanyakan orang, setengah pinggan tiada masalah, tidak jadi sembelit atau diarhea. Ada orang kena kurangkan sikit, dan ada yang kena tambah sikit. Peraturan sayur di atas tanah ini adalah hendak memudahkan pemilihan sahaja, supaya tidak pening kepala hendak memilih. Senang sikit nak tunjuk atau memilih lauk kat kedai makan.

3. Daripada mana datangny sumber protein apabila mengamalkan diet ini? Sebenarnya protein datang dari sumber daging dan makanan laut atau seafood, dimakan sehingga kenyang sederhana. Jangan membazir. Utamakan yang dimasak tanpa menggunakan tepung atau gula.

4. Makanan di luar atau di kedai makan kadang-kadang tidak menepati ciri-ciri makanan sihat, jadi tidak dapat mengelak makanana yang mempunyai sedikit bergula atau bertepung. Ianta tidak mengapa. Paling penting adalah untuk mengurangkan kadar karbohidrat untuk kekal dalam julat ketosis sederhana.

Sekiranya mempunyai masa dan boleh menyediakan masakan yang dimasak sendiri itu adalah yang terbaik. Tapi kalau tidak dapat dan kena membeli makanan di luar, pasanglah strategi yang mudah supaya dapat mengurangkan karbo dan mengutamakan makanan sebenar, walaupun ada sedikit tambahan gula atau tepung yang tidak dapat dielak.

5. Untuk makluman, makanan berasaskan Konjac dan Shiratake mengandungi Karbo yang sangat rendah dan boleh digunakan untuk mengganti nasi, koeytiow atau mee kuning. Tetapi perlu juga untuk anda mengutamakan nutrisi dalam pemakanan supaya menjadi lebih sihat. Kenyang semata mata tidak mencukupi. Anda perlu lebih bijak di dalam pemilihan pemakanan.

Kesimpulan

Akhir sekali, kami hendak kongsikan satu group di facebook yang berkongi tip  dan panduan mengamalkan diet ini, boleh pergi ke tautan ini PMLS Lazy Keto Club. Group ini nama pun dah Lazy Keto, bukan Strict Keto. Sudah tentulah ada kelonggaran tertentu sebab hendak memudahkan, dan target group ini ialah utk bagi mudah orang nak mulakan Keto Diet dengan cara yang simple. Had karbo pun dimudahkan pada 50 gram ke bawah untuk tempoh satu hari.

Jadi, pada yang mana mana baru hendak bermula boleh masuk kumpulan ini dan kalau dah pakear dalam mengamalkan Keto Diet, bolehlah bantu rakan-rakan lain yang mana tidak tahu lagi berkenaan Makronutrisi, dan mudahkan untuk mereka belajar.

Leave a Comment