in

Doa Memohon Rezeki Halal dan Mencukupi

Doa Memohon Rezeki Halal dan Mencukupi, Setiap dari kita yang keluar mencari rezeki tika matahari masih tersembunyi hinggalah larut malam pastinya menginginkan rezeki yang halal dan berkat.

Ketahuilah dalam mencari rezeki janganlah nilainya yang dikejar akan tetapi gapailah keberkatan didalam rezeki itu walau hanya sedikit kerana dengan rezeki yang berkat hidup akan sentiasa tenang, bahagia dan rasa cukup dengan apa adanya.

Kerana itu ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi tidak bahagia, hatinya sering gelisah, tidak tenang, malah cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain hingga senantiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dia ada.

Oleh itu marilah kita mengamalkan doa ini agar dikurniakan rezeki yang halal disisi-Nya dan berkat.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau zat yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”

Justeru itu, setiap pagi marilah kita perbaharui niat sebelum keluar mencari rezeki agar pekerjaan yang dilakukan akan dihitung sebagai satu ibadah.

Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang senantiasa bersyukur dengan rezeki yang telah Allah SWT tetapkan buat kita. Layari facebook Sahabat Amal Care untuk menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

What do you think?