Bermula 1 November 2021, terdapat 53 telefon pintar yang tidak dapat menggunakan atau mengakses aplikasi WhatsApp di peranti Android dan iOS. Aplikasi WhatsApp sentiasa membuat penambaikkan dengan memberikan fungsi-fungsi terkini mengikut perkembangan semasa kepada pengguna setianya. Disebabkan ini perkembangan teknologi yang digunakan, tidak semua jenis telefon pintar dapat menggunakan aplikasi ini kerana peranti tersebut tidak menyokong ciri-ciri terbaharu yang diperkenalkan tersebut.
Ini kerana aplikasi WhatsApp hanya menumpukan kepada pengemaskinian dan menambah ciri-ciri ke atas peranti telefon pintar dan sistem pengoperasian yang terkini. Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan perkhidmatan kepada pengguna .
Menurut soal jawab di laman web rasmi Whatsapp, 3 kategori sistem operasi yang menyokong aplikasi ini adalah Android OS versi 4.1 ke atas, iOs versi 10 ke atas dan lain-lain OS iaitu KaiOS 2.5.0 ke atas, JioPhone dan JioPhone 2.
Untuk membantu anda, pada artikel ini adalah senarai 53 telefon pintar yang tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 November 2021 nanti.
Sistem Pengoperasian Android
Samsung:
Galaxy Trend Lite, Galaxy Trend II, Galaxy SII, Galaxy S3 mini, Galaxy Xcover 2, Galaxy Core and Galaxy Ace 2.
LG:
Lucid 2, Optimus F7, Optimus F5, Optimus L3 II Dual, Optimus F5, Optimus L5, Optimus L5 II, Optimus L5 Dual, Optimus L3 II, Optimus L7, Optimus L7 II Dual, Optimus L7 II, Optimus F6, Enact , Optimus L4 II Dual, Optimus F3, Optimus L4 II, Optimus L2 II, Optimus Nitro HD and 4X HD, and Optimus F3Q.
ZTE:
Grand S Flex, ZTE V956, Grand X Quad V987 and Grand Memo.
Huawei:
Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S, and Ascend D2.
Sony:
Xperia Miro, Sony Xperia Neo L, Xperia Arc S.
Alcatel:
One Touch Evo 7
Lain-lain peranti:
Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Faea F1 and THL W8.
Sistem Pengoperasion iOS
- Apple iPhone SE
- Apple iPhone 6S
- Apple iPhone 6S Plus
Walaupun aplikasi tidak lagi menyokong 53 peranti ini, ia tidak bermakna Whatsapp akan tidak boleh dibuka secara mendadak.
Sebenarnya, masalah terbesar ialah peranti yang tidak disokong oleh WhatsApp dimana peranti ini tidak akan mendapat mengakses kemas kini keselamatan terkini. Dengan tiadanya ciri-ciri keselataman terkini akan mendedahkan pengguna kepada serangan penggodam yang akan mendapat memanfaatkan kerentanan ini untuk mencuri data pengguna.
Bagaimana cara mengekalkan akaun WhatsApp jika saya mempunyai salah satu peranti ini?
Sekiranya bimbang bahawa aplikasi ini tidak akan berfungsi pada peranti mudah alih tersebut , anda dinasihatkan untuk membuat sandaran (backup) bagi menyimpan sejarah perbualan sebelum 1 November dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
- Buka WhatsApp dan masukkan menu 3 titik di sudut kanan atas.
- Pergi ke Tetapan dan pilih “Chat”.
- Klik Chat Backup, kemudian klik “Backup”.
Dengan melakukan sandaran perbualan, semua perbualan Whatsapp akan dapat disimpan dengan selamatnya. Walaubagaimanapun, anda tidak akan dapat menggunakan akaun tersebut sehingga beralih ke peranti smartphone yang mempunyai sistem operasi Android 4.1 atau yang lebih baru atau iPhone dengan iOS 10 atau dengan kemaskini terkini.
Bagaimana jika saya mempunyai salah satu telefon pintar ini?
WhatsApp mencadangkan agar beralih ke model peranti yang lebih baru untuk terus menggunakan aplikasi pemesejan dan mengelakkan masalah semasa menggunakan aplikasi ini.
Jika tidak, pengguna tidak akan dapat menikmati fungsi-fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh aplikasi Whatsapp terutama sekali ciri-ciri keselamatan untuk melindungi data peribadi anda. Ini termasuk tidak dapat menyambungkan ke Web WhatsApp kerana perlu mengimbas kod QR aplikasi yang dimuat turun ke telefon. Di dalam beberapa kes fungsi terus hilang dari paparan.
Berita baiknya, apabila pengguna memuat turun aplikasi WhatsApp dan mengaksesnya dari peranti terbaru yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan, mereka dapat mengaktifkan semula akaun tertutup mereka dengan nombor telefon yang sama.