in

12 Resepi Ayam Simple Lagi Menyelerakan

Resepi Ayam, merupakan menu masakan yang selalu disajikan untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Pelbagai koleksi resepi ayam yang mudah dan pantas untuk disediakan. Resepi Ayam masak merah merupakan menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali apabila hari perayaan seperti Hari Raya, majlis kenduri kendara. 

Resepi Ayam yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

1. Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan:

  • Sediakan seekor atau setengah ekor ayam dengan saiz sedang
  • Sedikit garam dan kunyit (lebih sedap jika kunyit hidup)

Bahan kisar:

  • 4-5 biji cili kering (jika suka pedas boleh dilebihkan)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 atau 2 biji tomato yang dipotong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Cara-cara memasak:

  1. Bersihkan ayam, kemudian dipotong kecil-kecil dan digaul  dengan garam serta kunyit. 
  2. Ayam tadi digoreng dengan minyak panas sehingga 2/3 masak.
  3. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato.
  4. Pastikan bahan-bahan tadi ditumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam dikacau sebati dengan kuah sehingga menjadi pekat. 
  6. Untuk memastikan semuanya sebati, sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  7. Apabila kuah sudah menjadi pekat boleh dimasukkan bahan-bahan hiasan. 
  8. Setelah itu rehatkan lebih kurang 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

2. Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan kicap pekat 
  • 3 sudu makan sos tomato 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris nipis) 
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  3. Masukkan air, kicap, dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih. 
  4. Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun bawang. 
  5. Gaulkan dan angkat. Sedia dihidangkan.

3. Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 10 batang cendawan tiram (dihiris)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 cawan air tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan. 
  3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
  5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
  6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!

4. Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  • 6 batang serai, diketuk
  • 4 pelepah daun kari
  • 1 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara memasak:

  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing.
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak.
  3. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.
  4. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  6. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak seketika.

5. Resepi Ayam Masak Minang

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor Ayam
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • 200 ml Santan (boleh gunakan santan segar)
  • 2 keping Asam Gelugor atau 1/2 mangkuk Air 📌Asam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar :

  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 1/2 inci Kunyit
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 5 biji Buah Keras
  • 12 tangkai Cili Kering
  • 4 biji Cili Api
  • 4 batang Serai

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
  3. Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
  4. Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
  5. Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
  6. Kemudian taburkan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugur, rasakan kuahnya
  7. Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat
  8. Sedia untuk dihidangkan

6. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan diperlukan:

  • 6 ketul ayam
  • 7 cili padi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 6 ketul paha ayam (drumstick)
  • 2 biji kentang (dipotong kiub sederhana)
  • 300ml santan 
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji cili merah
  • 2 asam gelugur keping
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Bahan-bahan asas seperti bawang merah, halia, dan kunyit hidup hendaklah dikisar sehingga menjadi lumat. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau. 
  3. Masukkan ketulan ayam, kentang, santan dan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan cili merah, asam keping, serbuk kunyit dan garam. Renehkan selama 20 minit ataupun sehingga kentang sudahpun empuk.
  5. Lauk klasik Ayam Masak Lemak Kuning siap untuk dinikmati! 
  6. Hidangan mudah ini memang sedap jika dinikmati bersama dengan nasi putih panas, sayur goreng kicap, sambal terung dan sambal belacan. Satu pinggan mesti tidak cukup.

7. Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam 
  • 1 biji bawang besar Holland -potong bulat 
  • 2 batang serai – ketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara memasak:

  1. Ayam dicuci setelah itu dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng seketika sehingga kekuningan kemudian diangkat dan diketepikan. 
  2. Panaskan minyak dan tumis serai yang telah di titik sehingga naik baunya. Seterusnya masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis bahan-bahan sehingga garing.
  3. Setelah garing masukkan bahan yang telah dikisar tadi, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air. 
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.

8. Resepi Ayam Black Pepper

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ayam yang sudah dipotong kecil (mengikut citarasa)
  • 2 biji bawang putih – dihiris
  • 2 biji bawang besar(merah) – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris panjang
  • 2 tangkai lada kering
  • 2 sudu lada hitam – ditumbuk agak kasar.
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • Kiub perasa ayam (suku kiub)
  • Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara memasak:

  1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
  3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga agak likat.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Sedia untuk di hidang!

9. Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/ 2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kelapa ( dikisar dengan 2 1/2 cawan air & diambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut (carik-carik)
  • 2 paket kecil kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 sdb gula pasir
  • 1/ 2 sdb garam
  • 1 sdt perasa
  • 1 1/2 senduk minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 15-18 tangkai cili kering
  • 1 1/ 2 biji bawang besar
  • 6- 7 ulas bwg putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 3 batang serai

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan asam keping ,gula dan tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.
  5. Tunggu sehingga santan mendidih dan mula kering (sentiasa dikacau jangan sampai pecah santan).
  6. Masukkan ayam dan  letak garam dan perasa..
  7. Tunggu sehingga ayam empuk..
  8. Tabur daun kunyit
  9. Apabila kuah sudah menjadi pekat, sesuaikan rasa.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

10. Resepi Paprik Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g isi ayam (dipotong kecil) 
  • 1 labu bawang besar (dibelah 6) 
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • ½ batang lobak merah  (dipotong kecil) 
  • 2 sudu makan kicap pekat 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 5 sudu makan sos cili 
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 1 biji capsicum hijau 
  • 100 g kubis bunga 
  • 5 helai daun limau purut  
  • 3 biji limau kasturi  (hanya jusnya diperlukan)  
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. 
  3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, dan sos tiram. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan capsicum dan kubis bunga kemudian kacau rata.
  5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau. 
  6. Masukkan jus limau dan tutup api. 
  7. Hidangkan bersama nasi putih, mi, ataupun bihun yang sudah dicelur.

11. Resepi Ayam Pongteh Nyonya

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 paha ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar pes taucu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 500ml stok ayam
  • 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  • Daun bawang (dihiris)

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam dan gaul, setelah itu masukkan stok ayam.
  4. Masukkan gula melaka dan kentang.
  5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
  6. Tabur daun bawang sebagai topping.
  7. Ayam Pongteh sudah siap!

12. Resepi Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ayam setengah ekor
  • Lada kering 8biji (Rebus jangan lama sangat)
  • Bawang merah besar 1biji
  • 2 cubit belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia seinci
  • Kunyit seinci
  • 1 sudu pes asam jawa
  • 1 sudu serbuk Tumix atau maggi cukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Tomato, kesum, bunga kantan (pilihan ikut citarasa)

Cara memasak:

  1. Kisar lada kering, bawang merah, bawang putih , halia, belacan dan kunyit sehingga halus.
  2. Masukkan 2 senduk kecil minyak ke dalam periuk.
  3. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Ditumis agak lama untuk mendapatkan rasa asam pedas yang lebih sedap. Jika kering ditambah dengan air dan biar sehingga sebati.
  4. Masuk ayam, tambah air dan asam jawa.
  5. Setelah ayam menjadi lembut boleh masukkan garam, sedikit gula sikit, serbuk perasa tumix dan sekeping asam keping
  6. Masukkan bunga kantan,tomato dan daun kesum. Biarkan seketika jangan terlalu lama nanti tomato terlalu lembik.
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

13. Resepi Ayam Masak Kurma (Ayam Kurma)

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji bawang besar – belah 4 tapi jangan putus
  • 2 biji ubi kentang 
  • 1 biji buah tomato – belah 2
  • Rempah penumis – bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 kotak santan kotak – campur air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil kerisik

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 
  3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 
  5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak dengan cantik, bersedia untuk mematikan api dan dihidangkan.

What do you think?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings