in

Zakat & Mentaliti ‘Acah-Acah’ Prihatin Masyarakat Kita

www.majalahlabur.com

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 60 yang maksudnya:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus (amil) zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh rakyat Malaysia adalah persepsi orang miskin yang terima zakat akan terus hidup senang. Institusi zakat ni bertujuan meringankan kemiskinan hidup bukan untuk membasmi kemiskinan sepenuhnya. Institusi zakat ada peranannya, masyarakat pun ada peranan juga. Sama-sama berganding bahu atasi kemiskinan.

Bila nampak saja orang miskin duduk bawah jambatan, terus dituduhnya pusat zakat tak buat kerja, makan gaji buta, tangkap gambar kasi viral dalam Facebook tetapi akhirnya bila diperiksa, rupanya si polan tu dah bertahun dapat bantuan!

Kalau bijak dan betul-betul prihatin, telefon Pusat Zakat, beri maklumat orang miskin tu untuk mereka bertindak. Mereka bukannya ada mata macam Superman.

1. Ambil nama & no kad pengenalan
2. Ambil alamat
3. Ambil phone no
4. Ambil gambar mereka

Confirmkan cerita mereka dengan pusat zakat negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat samada mereka sudah menerima bantuan atau belum. Ambil kira juga ada asnaf yang berpindah rumah dan tidak mengemaskini alamat terbaru mereka. Nombor telefon pun bertukar.

Bila nampak orang susah berniaga, juga nak salahkan pusat zakat. Seolah-olah mereka perlu dibantu sehingga tidak perlu bekerja dan berniaga lagi. Bila dapat bantuan zakat, dia masih lagi perlu bekerja. Bukan kena goyang kaki dan bergantung sepenuhnya hidup dengan duit zakat. Jadi misalnya kita tahu dia berniaga, kita bantu dengan cara membeli dan bersedekah.

Kenapa Agihan Bantuan Zakat Tak Tular?

Kami biasa nampak di Facebook page pusat-pusat zakat dalam masa sehari kadang-kadang lebih 10 entri tentang bantuan yang diberikan kepada yang memerlukan dan kadar LIKE tak sampai 100. SHARE? Kosong pun ada.

Tiada ‘sensational value’ untuk group WhatsApp dan sewaktu dengannya kan?

Yang ini jumlah share agak tinggi

“Benda-benda macam ni tak perlu nak sebarkan katanya… dah memang tugas.”

Pulak dah.

Banyak posting yang dikongsikan page seperti Kisah Zakat Malaysia yang patut disebarkan. Sepatutnya kita sebagai netizen yang beragama Islam tolong war-warkan demi imej baik Islam itu sendiri.

Pusat Zakat Ada Pelbagai Skim Bantuan Zakat

Contohnya Pusat Zakat, MAIWP:
Pembangunan Asnaf
• Bantuan Kewangan Bulanan
• Bantuan Aidilfitri
• Bantuan Takaful Asnaf
• Bantuan Perubatan
• Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Ibnu Sabil
• Bantuan Kecemasan
• Bantuan Guaman Syarie
• Bantuan Musibah

Tempat Tinggal
• Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
• Bantuan Membina / Membaiki Rumah
• Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Pembangunan Ummah
• Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
• Bantuan Ar-Riqab

Pendidikan
• Bantuan Am Persekolahan
• Bantuan Am Pelajaran IPT
• Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
• Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
• Bantuan Persediaan IPT
• Bantuan Tuisyen
• Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
• Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
• Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Berdikari
• Bantuan Perniagaan
• Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
• Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
• Bantuan Pertanian
• Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)

Sumber : Pusat Zakat, MAIWP

Kita suka kritik pusat zakat bila tular kisah asnaf tak terbela, tapi kita tak pernah ambik tahu berapa banyak bantuan dan berapa ramai asnaf yang telah dibantu pusat zakat hingga keluar dari kepompong kemiskinan tegar. Elok kita teliti laporan tahunan setiap pusat zakat ini agar tidak lagi berulang tohmahan terhadap institusi zakat yang kerap kali diulang tular (recycle isu viral) apabila menjelang Ramadan.

Mesti terkejut bila tahu betapa berjuta-juta RM telah diagihkan hanya bagi salah satu skim bantuan sahaja.

Skim Bantuan Kewangan Bulanan Bagi Tahun 2016

  1. RM106.7 JUTA kepada 24,658 asnaf – Pusat Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  2. RM68.3 JUTA – Pusat Zakat Selangor
  3. RM58.1 JUTA kepada 13,801 asnaf – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
  4. RM34.9 JUTA kepada 5,498 asnaf – Pusat Zakat Negeri Sembilan
  5. RM32.3 JUTA kepada 5,799 asnaf – Lembaga Zakat Negeri Kedah
  6. RM23.9 JUTA kepada 8,353 asnaf – Pusat Zakat Sabah
  7. RM11 JUTA kepada 3,054 asnaf – Pusat Kutipan Zakat Pahang
  8. RM13 JUTA kepada 3,271 asnaf – Zakat Pulau Pinang

*Kami masih dalam proses mendapatkan maklumat dari pusat zakat negeri-negeri lain

Kepada yang tak tahu, Jadual 9 Senarai ke 2, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya adalah terletak di bawah bidangkuasa negeri. Bermaksud, urusan kutipan dan agihan zakat terletak di bawah kuasa raja dan sultan setiap negeri. Itu sebabnya dasar kutipan dan agihan berbeza setiap negeri.

Akhir kata, ingatlah bahawa zakat bukan sekadar zakat fitrah. Rujuk insititusi Zakat negeri masing-masing. Mana tahu dah sampai seru untuk berzakat.

Artikel asal daripada www.majalahlabur.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Highlights Perlawanan Akhir Copa Del Rey (Barcelona 3-1 Deportivo Alaves)

Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa