in

Wali Songo Tokoh Pelopor, Pencetus Dan Pejuang Agama Islam Di Jawa

Nama ‘Wali Songo’ bukan lagi satu nama yang perlu diperkenalkan dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara, terutamanya di wilayah tanah Jawa.

Sponsored

Wali Songo adalah sembilan pelopor, pencetus, dan pejuang pengembangan Islam yang terdiri daripada Sunan Gresik, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.

Berikut diceritakan secara ringkas akan para ulama ini;

#1 – Sunan Gresik

Sunan Gresik merupakan gelaran kepada Maulana Malik Ibrahim yang juga digelar sebagai Maulana Magribi, Syeikh Magribi atau Jumadil Kubra.

Tetapi beliau lebih terkenal dengan nama Sunan Gresik lantaran menyebarkan agama Islam di daerah Gresik.

Dakwah agama Islam yang dilakukan beliau sangat bijaksana sehinggakan penduduk Gresik ketika itu yang belum beragama Islam menerima Islam dengan cepat dan tanpa apa-apa tentangan.

Beliau juga orang yang bertanggungjawab mendirikan pengajian pondok pertama di Indonesia. Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gresik juga.

#2 – Sunan Ampel

Nama sebenar Sunan Ampel ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel dilahirkan di Campa, Aceh sekitar tahun 1401. Beliau merupakan anak kepada Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik.

Sponsored

Ketika masih muda, beliau meneruskan usaha menyebarkan agama Islam seperti bapanya dengan berhijrah ke Jawa dan mendirikan pasentren di Ampel Denta, di Surabaya.

Selain itu, beliau juga berusaha berperanan besar dalam membangun Masjid Agung Demak.

Di situ juga, beliau mendidik para pemuda untuk menjadi pendakwah dan disebarkan ke seluruh wilayah Jawa.

Antara pelajarnya yang terkenal dan mengikut jejak langkahnya ialah seperti, Raden Paku (Sunan Giri), Raden Fatah (Sultan pertama kerajaan Demak), Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Syarifuddin (Sunan Drajat), dan Maulana Ishak.

Sunan Ampel meninggal dunia pada tahun 1481 dan dimakanakan di daerah Ampel.

#3 – Sunan Bonang

Sunan Bonang atau Maulana Makdum Ibrahim, Raden Ibrahim adalah anak kepada Sunan Ampel. Beliau menjadi pendakwah dan penyebar Islam di kawasan pesisir utara Jawa Timur.

Sewaktu usianya masih remaja, Sunan Ampel menghantarnya bersama-sama dengan Raden Paku, Sunan Bonang dikirim oleh ke Pasai untuk belajar dan mendalami ilmu agama. Sebaik pulang, beliau berdakwah dengan menjadi guru dan mubaligh.

Selain itu, Sunan Bonang juga mendirikan pesantren di daerah Tuban, Jawa Timur yang menerima pelajar dari seluruh Nusantara.

Dalam usahanya menyebarkan agama Islam, Sunan Bonang menyesuaikan diri dengan corak kebudayaan masyarakat Jawa. Contohnya, beliau turut mencipta lagu yang berunsurkan keislaman.

Sunan Bonang dan sahabatnya yang lainnya turut berdakwah dengan menggunakan wayang, gamelan dan menyelitkan unsur dakwah serta nasihat agar mudah diterima oleh masyarakat.

Pada tahun 1525, Sunan Bonang meninggal dunia dan dimakamkan di Tuban, Jawa Timur.

#4 – Sunan Giri

Sunan Giri atau turut dikenali sebagai Raden Paku mahupun Prabu Satmata. Sunan Giri adalah sudara kepada Sunan Gunung Jati. Sunan Giri adalah ulama awal yang menyebarkan agama Islam di daerah Blambangan.

Beliau menunut ilmu di pondok Pesantren yang ditubuhkan oleh Sunan Ampel dan pergi bersama Sunan Bonang ke Pasai demi memperdalam ilmu agama Islam.

Sunan Giri menyebarkan agama Islam dengan pelbagai usaha dan cara, antaranya melalui bentuk permainan yang dimasukkan unsur Islam bagi golongan kanak-kanak, seperti; Jelungan, Gula Ganti, Cublak-cublak Suweng dan lain-lain lagi.

Beliau juga menubuhkan pasantren di daerah Giri dan menghantar anak-anak didiknya ke pelbagai daerah untuk berdakwah.

Selain berdakwah, Sunan Giri juga menjadi pemimpin masyarakat di daerah Giri. Daerah itu kemudiannya berkembang menjadi kerajaan kecil, iaitu kerajaan Giri dan beliau menjadi sultan dalam kerajaan itu dengan gelaran Sultan Abdul Faqih.

Sunan Giri meninggal dunia pada tahun 1506 dan dimakamkan di Bukit Giri, Gresik.

#5 – Sunan Drajat

Sunan Drajat merupakan anak kepada Sunan Ampel dan adik Sunan Bonang. Beliau juga adalah seorang pendakwah di daerah Sedayu, Gresik, Jawa Timur.

Nama sebenarnya ialah Raden Kosim atau Syarifuddin, namun masyarakat setempat lebih mengenalinya dengan gelaran Sunan Sedayu.

Sunan Drajat berusaha keras untuk menyebarkan agama Islam di daerah Sedayu. Dalam usaha dakwahnya itu, beliau mencipta sebuah lagu yang berjudul ‘gending pangkur’ yang mengandungi unsur Islam agar dapat mendekatkan masyarakat setempat dengan Islam .

Beliau juga sangat mengutamakan golongan miskin dan anak-anak yatim dan gemar mendatangi masyarakat setempat. Beliau juga mempunyai ramai anak murid yang datang dari pelbagai pelusuk Nusantara.

#6 – Sunan Kalijaga

Sunan Kalijaga atau nama sebenarnya Raden Mas Syahid juga digelar sebagai Syeikh Malaya. Dalam usaha dakwahnya, Sunan Kalijaga lebih disenangi oleh golongan atasan dan bangsawan, para pemerintah dan golongan bijak pandai kerana penyampaiannya yang lebih tinggi dan bersifat intelek.

Kelebihan itu membuatkan beliau dilantik sebagai penasihat Kesultanan Demak. Beliau juga dikenal sebagai seorang pendakwah yang berjiwa besar, berpandangan jauh serta berfikiran tajam.

Beliau juga menjalankan usaha dakwahnya dengan mendekati bidang kesenian dan kebudayaan Jawa seperti menggunakan wayang dan gamelan.

Sunan Kalijaga juga mengarang cerita wayang yang berkonsepkan Islam. Beliau juga mengembangkan seni ukiran, seni pahat, termasuklah bidang kesusasteraan.

Antara ciptaan beliau yang terkenal ialah lagu ‘ilir-ilir’ yang mengandungi ajakan untuk memeluk agama Islam.

#7 – Sunan Kudus

Sunan Kudus adalah nama panggilan kepada Ja’far Sadiq, yang juga digelar dengan nama Raden Undung. Sunan Kudus bertanggungjwab menyebarkan agama Islam di daerah Kudus dan kawasan sekitarnya.

Selain menjadi pendakwah, Sunan Kudus juga menjadi panglima perang semasa pemerintahan kesultanan Demak. Selain menjadi pemerintah dan pemimpin agama di daerah Kudus, beliau juga mendirikan Masjid Raya Kudus.

Beliau meninggal dunia di daerah Kudus dan dimakamkan di sana pada tahun 1550.

#8 – Sunan Muria

Nama sebenarnya Sunan Muria ialah Raden Umar Said dan merupakan anak kepada Sunan Kalijaga. Beliau menjalankan dakwah dan menyebarkan agama Islam di daerah pedalaman di pulau Jawa.

Ini bersesuaian dengan sifatnya yang gemar menyendiri dan lebih suka bergaul degan masyarakat biasa di kawasan terpencil.

Beliau sangat berjasa dalam memperkenal Islam kepada penduduk di kawasan Gunung Muria. Bahkan beliau juga banyak mendekatkan ajaran Islam kepada golongan pedagang dan para nelayan.

#9 – Sunan Gunung Jati

Sunan Gunung Jati adalah nama panggilan bagi Syarif Hidayatullah. Beliau berketurunan pemerintah Pajadjaran, Prabu Siliwangi iaitu dari sebelah ibunya.

Manakala bapanya, iaitu Maulana Sultan Mahmud (Syarif Abdullah), merupakan bangsawan dari Arab. Beliau banyak menyebarkan agama Islam di daerah Jawa Barat.

Setelah bapa saudaranya, Raden Walangsungsang meninggal dunia sebagai pemerintah di Cirebon. Sunan Gunung Jati menggantikan kedudukan itu dan berjaya meluaskan kerajaan itu, dan menjadikan Cirebon sebagai sebuah kerajaan Islam yang berjaya.

Beliau juga berusaha berdakwah dan mempengaruhi para pemerintah kerajaan-kerajaan berdekatan untuk menganut Islam.

Beliau juga mengembangkan Islam ke daerah-daerah lain seperti Majalengka, Sunda Kelapa, Kuningan, Banten dan Kawali.

Sunan Gunung Jati meninggal dunia pada tahun 1570 dan dimakamkan di Gunung Jati, Cirebon, Jawa Barat.


Rabiatul Adaweeyah

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.


www.tazkirah.net

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Sah! Geely jadi Rakan Strategik Asing Proton dan pemilik baharu Lotus

(TAHNIAH) Sharifah Sakinah Dan Suami Timang Cahaya Mata Pertama