in

Tun M sedia pertimbang jawatan Perdana Menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan

Astroawani.com

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak akan mempertimbang untuk memegang semula jawatan Perdana Menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.Namun, buat masa ini bekas perdana menteri itu tidak berminat dengan jawatan terbabit.

“Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui mungkin saya terpaksa pertimbang.

“Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi perdana menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi perdana menteri,” katanya menjawab salah satu soalan dalam program soal jawab #HangTanyaCheDetJawab versi 2 secara langsung di laman Facebooknya, hari ini.

Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaan menjadi penasihat.

“Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.

“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian,” katanya.

 
Sumber berita daripada Astroawani.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Cafe terbaru di Georgetown. ice cafe yang pertama di Malaysia

Fizo Omar Dedah Sebab Isteri Sukar Hamil