in

Angry Cry Cute Geeky


7 Syarat nak tukar duit raya – Nasihat Pegawai Bank

Duit raya sudah boleh mula ditukar bermula hari Rabu, 14 Jun 2017, sehinggalah kehabisan stok. Kami mahu habiskan kesemua stok duit raya sebelum, 23 Jun 2017. Jadi bersegeralah anda, takut bila sudah habis nanti, anda complaint pula. Baca 10 Syarat nak tukar duit raya untuk memudahkan urusan korang.

Waktu pertukaran pula adalah dari jam 9.30 AM sehingga 11.30 AM. Selepas daripada waktu ini, kami tidak akan layan, kami pun ada banyak kerja lain mahu diselesaikan. .

Perlu diingatkan:

1. Dikaunter Sahaja

Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan, pada masa yang ditetapkan dan sebarang booking melalui telefon, SMS, WeChat, Whatsapp dan seumpamanye tidak akan dilayan. Kami bukannya pekerja call-centre.

2. Jangan pakai air liur

Booking pakai air liur juga tidak dilayan. Ayat “tukar pakai duit kau dulu” adalah ayat yang paling tidak boleh diterima dek akal kami. Harus diingat, banker bukanlah tokey-tokey kosmetik. Gaji kami hanya cukup makan anak-beranak dan keluarga kami saja.

3. Tiada home delivery

Ayat “ko bawak balik dulu, nanti aku ambil”  juga tidak akan dilayan. Risiko buat kami. kalau hilang bukan anda mahu tanggung. Kami bukannya bekerja dengan Lazada boleh booking online atau FedEx boleh buat home delivery.

4. Tiada booking

Kenyataan “ko simpan dulu, nanti petang aku ambil” juga kami tidak layan. Sebab kami sudah pernah kena. Simpan punya simpan, anda tidak muncul-muncul. Menyusahkan kami mahu buat balancing petang-petang. Ingat, kami pun ada keluarga, mahu balik awal berbuka. Jangan sebab mahu menunggu anda, segala kerja kami tergendala.

5. Kawan atau saudara setahun sekali

Atau lebih dikenali sebagai ‘kawan/sedara musim raya’ kami akan layan macam walk-in customer, bermakna tiada layan VIP untuk anda. Datang ke kaunter ambil nombor dan beratur macam orang lain.

Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Terdapat 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami pada penhujung bulan Ramadhan saja? Bila masuk Syawal terus hilang buat-buat tidak kenal.. Takut kena bagi duit raya kat kami ke?

6. Tiada special request

Special request seperti “aku nak duit baru, yang keras dan ada balut pelekat Bank Negara” juga tidak akan kami layan. Kami akan berikan apa saja duit yang kami ada. Mahu request lebih-lebih, sila berhubung dengan pegawai Bank Negara.

7. Bagi sampul lebih

Request “bagilah sampul ang pow lebih sikit”. Lebih sikit tu bukan dua tiga helai saja tau? Lebih sikit itu kalau boleh 2 kotak dia minta. Permintaan sebegini juga kami tidak akan layan. Kami bukannya pekerja kilang cetak sampul ang pow. Perlu diingatkan, sampul itu kami bagi percuma sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Memandangkan anda bukanlah satu-satunya pelanggan kami dan ramai lagi yang beratur mahukan benda percuma itu. Jd fikirkan orang lain juga,  jangan pentingkan diri sendiri. Sebab stok yang kami dapat pon tidak banyak mana.

Sekian. Harap maklum.

Sumber Artikel > Blog OhMyMedia

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Belakang Wany Hasrita Ada Hantu?

Dari Instagram ke dunia lakonan | Hiburan