in

Sumatera Utara : jejak Medan- Danau Toba- Berastagi


Oleh kerana aku merupakan peminat tegar subjek Geografi di sekolah menengah dulu, Danau Toba yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara bukanlah satu nama yang asing dan memang menjadi impian aku untuk sampai ke sini bagi melihat dengan kepala sendiri tentang keluasan tasik ini. Danau Toba adalah sebuah tasik tekto-vulkanik dengan ukuran panjang 100km dan lebar 30km dengan di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau vulkanik diberi nama Pulau Samosir. Syukurlah sejak kemajuan syarikat penerbangan tambang murah yang diasaskan oleh Pakcik Tony Fernandes, maka tiket ke Medan telah berjaya dirembat dengan harga RM175 pergi-balik.

Tidak sampai 45 minit melabuhkan punggung di kerusi kurang empuk di atas awan, tup-tup dah sampai ke Polonia Airport, Medan. Polonia Airport ni merupakan airport yang terletak di tengah bandar Medan dan sekarang kalau nak ke Medan, flight akan mendarat di Kuala Namu Airport yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bandar Medan. Selepas mendarat, kami terus berjalan keluar sedikit dari airport untuk mengambil bajaj ke hotel penginapan. Penginapan di Swiss-Belinn Medan yang ditempah oleh Bro Yasser agak cozy.

Keesokkan paginya, kami terus bergerak ke Terminal Amplas untuk menaiki bas menuju ke Parapat yang merupakan pekan/point menuju ke Danau Toba dan Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Semasa menunggu bas, kami sempat bersembang dan bertanya kepada penduduk lokal tentang Danau Toba seperti hotel yang bagus dan tempat makanan yang halal. Tengah syiok bersembang, tiba-tiba kami didatangi dan ditegur oleh seorang bapak bersama anaknya. Ingatkan orang lokal, rupanya bapak ini asalnya dari Malaysia juga. Namanya Bapak Yusof Husin bersama anaknya Akid. Mereka juga mahu ke Danau Toba. So kami tag team ke Danau Toba.

Terminal Bas Amplas yang sangat sederhana
Bus dari Medan ke Parapat – pit stop Danau Toba. Mengharungi jalan berliku-liku
Pekan Parapat dari view Danau Toba
Menaiki Feri dari Parapat ke Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba

Kami menginap di Carolina Cottage  Lake Toba yang terletak di Tuk-Tuk, Pulau Samosir seperti saranan penduduk lokal yang kami temui di Medan.

Cottage yang bercirikan rumah tradisional kaum Batak
View tasik dari Carolina Cottage
Aksi terjun tak berapa nak tiruk…
Pak Yusof bersama anaknya, Akid. Menjadi bestfriend sampai sekarang.

Malamnya, kami terpaksa berjalan kaki sedikit menaiki bukit di luar cottage untuk mencari kedai makan halal. Makanan halal agak susah dicari di Pulau Samosir ini dimana banyak kedai yang kami jumpa menu utamanya adalah babi guling, kami yang terguling! Mujurlah kami dah tanya orang lokal dimana katanya ada sebuah kedai makan halal bernama RUMAH MAKAN ISLAM MURNI- semurni namanya. Semasa masuk ke kedai makan tersebut, kebetulan kami telah terserempak dan terus menyapa tiga gadis yang juga dari Malaysia datang mengembara ke bumi Batak ini. Mereka telah menawarkan kami untuk makan sekali dengan mereka kerana mereka telah membeli ‘sea-food’ tangkapan orang kampung dari Danau Toba untuk dimasak oleh restoran ini. Rejeki jangan ditolak. Semasa makan, kami pun bertaaruf dan berkongsi pengalaman masing-masing. Akhirnya, semasa borak-borak kami telah sepakat untuk mengembara bersama esok hari ke Berastagi sebelum kembali semula ke Medan.

Salah satu kedai makan HALAL yang terdapat di Tuk-tuk, Pulau Samosir

Udang fresh hasil tangkapan dari dasar Danau Toba

Keesokkan pagi, sebelum check-out dari Carolina Cottage, kami mengambil kesempatan untuk pusing-pusing sekitar Pulau Samosir dengan menyewa sebuah scooter. Besar rupanya Pulau Samosir ini. Tak cukup satu hari kalau nak explore pulau ni!

Rasa macam kat New Zealand pulak
Objek wisata – Muzium Batak
Sawah padi pun ada kat pulau ni – Hebat!
Tenang betul

Setelah check-out, kami bertujuh pun menaiki feri balik ke Pekan Perapat sebelum meneruskan kembara ke Berastagi. Berastagi ni pekan ala-ala Cameron Highlands. Sebelum sampai ke Berastagi, kami mintak supir kami untuk berhenti di air terjun ikonik, Air terjun Sipiso-piso. Di Berastagi, antara tempat menarik yang harus dikunjungi termasuklah pasar Berastagi, Bukit Gundaling untuk melihat view Berastagi dan gunung berapi yang masih aktif, Gunung Sinabung. Bagi yang inginkan adventure, boleh hiking Gunung Sinabung tetapi kena sentiasa  waspada kerana gunung  berapi aktif ini sering meletus mengeluarkan laharnya!

Tagteam ke Berastagi. Best buddies!
View Danau Toba, dalam perjalanan ke Berastagi
Air terjun Sipiso-piso
Pasar di Berastagi. Banyak jual buah-buahan fresh.
View Berastagi dari Bukit Gundaling
I love my Mum! – view berlatarkan Gunung vulkanik aktif Sinabung
Kereta kuda di Bukit Gundaling
Jagung manis
Dinner kami di Berastagi – Ikan Nila Bakar!
Kami bermalam semalaman di Berastagi sebelum bertolak balik ke Kota Medan. Di Kota Medan, antara tempat bersejarah yang dikunjungi adalah Masjid Raya dan Istana Maimoen.
Masjid Raya Al-Mashun, Kota Medan
Istana Maimoen – sejarah peninggalan Sultan Deli
Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada kembara kali ini. Melalui perjalanan ini, aku dapat berkenalan dengan ‘strangers’ yang mempunyai ‘big hearts’ dan akhirnya menjadi sahabat baik sehingga sekarang serta sering berhubung melalui group aplikasi WhatsApp.
So to people out there, open your heart and keep travel, who knows who you meet on the roads!

p/s: Kepada Pak Yusof, Yasser & Kitty – sorry bebanyak, baru dapat siapkan entri ni selepas 3 tahun!



Sumber Asal

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Hakim Mahkamah Tinggi Salah Buat Keputusan Saman Mahathir

Pas tidak sekat kebebasan perwakilan suarakan pendapat – Idris Ahmad