in

Slot Liga Super 2018 sah tetapi Irfan masih fokus terhadap kejuaraan liga


Irfan Bakti telah menunaikan janjinya untuk membawa Terengganu ke persada Liga Super buat musim 2018 tetapi jurulatih veteran itu masih fokus terhadap satu lagi ‘target’.

Berbaki satu lagi perlawanan, pasukan Terengganu kini berada di puncak Liga Premier bersama pasukan Kuala Lumpur dengan 47 mata. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur menduduki posisi pertama dengan perbezaan gol yang lebih bagus. Bagi Irfan, perlawanan menentang PKNP FC pada 27 Oktober sudah menjadi fokus seterusnya.

“Terengganu ialah pasukan ketiga berjaya saya ‘angkat’ ke Liga Super selepas semusim bermain di Liga Perdana dan sebelum ini Telekom Malaysia FC (TMFC) serta FELDA United. Saya bangga dengan kejayaan ini, malah lebih bermakna jika kami muncul juara Liga Perdana musim ini,” ujar beliau kepada Berita Harian.

“Kami akan berehat selama sebulan sebelum menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada 27 Oktober dan perlawanan ini akan menjadi penentuan sama ada kami atau Kuala Lumpur dinobat sebagai juara Liga Perdana,” katanya.

Sementara Terengganu akan bersedia untuk menentang PKNP, pasukan Kuala Lumpur pula akan membuat persediaan untuk berkunjung ke Stadium Pasir Gudang untuk berhadapan dengan Johor DT II pada hari yang sama.

Jika kedua-dua pasukan meraih kemenangan pada hari tersebut, Kuala Lumpur akan dinobatkan sebagai juara Liga Premier dengan perbezaan gol yang lebih bagus.



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Afdlin Shauki, Aliff Syukri Dapat Pangkat Baru

Bimbang Banyak Penyakit Meningkat, DAVID BECKHAM Seru Rakyat Malaysia Amalkan Gaya Hidup Sihat