in

Skuad Bola Sepak Sukan SEA Thailand Dilarang Guna Media Sosial


Pemain bola sepak Thailand U22 dilarang menggunakan media sosial semasa berada dalam kem latihan menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang akan bermula minggu hadapan, menurut pengurus pasukan Watanya Wongopasi.

“Kami mahu pemain-pemain kekalkan fokus sepanjang persiapan Sukan SEA, dan kami tidak membenarkan mereka menggunakan laman media sosial semasa berada dalam kem latihan”, kta Watanya selepas 26 pemain memulakan latihan semalam.

“Kami hanya mempunyai 5 hari untuk melakukan persiapan sebelum terbang ke Malaysia, jadi kami mahu pemain-pemain berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa ada sebarang gangguan. Bagaimanapun kami hanya bergantung kepada kerjasama dari pemain dan tidak akan menyimpan telefon mereka”, tambahnya lagi.

Skuad bola sepak Thailand U22 itu akan dikurang kepada 20 orang pemain sebelum berlepas ke Malaysia dan mereka yakin mampu untuk mempertahankan ibu pingat Sukan SEA di Kuala Lumpur nanti.

Ketua jurulatih Thailand U22, Worrawoot Srimaka bagaimanapun bimbang dengan situasi kecergasan pemain-pemainnya dimana majoriti skuad yang ada mengalami masalah kecederaan termasuk 3 ‘key-player’ mereka iaitu Chenrop Samphaodi, Suriya Singmui dan Chaiyawat Buran.

Selain itu, bekas pemain import Kelantan ini juga menyatakan beliau tidak memandang rendah cabaran dalam kumpulan B walaupun ada yang menganggap Thailand tidak mempunyai masalah untuk mengatasi mereka.

” Mereka tidak mempunyai sebarang tekanan bermain menentang kami”, ujar Worrawoot lagi.

Thailand akan memulakan cabaran dalam kumpulan B bertemu Indonesia pada 15 Ogos.



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Memperkenalkan sistem sepakan penalti ABBA

Melaka United bercadang mahu tukar nama pasukan kepada Melaka City