in

Siapa calon PM paling popular? Anwar di belakang Najib

ProjekMMO

Walau sering dikritik, Datuk Seri Najib Razak masih lagi calon pilihan ramai sebagai perdana menteri dengan 31 peratus undi. — Foto oleh Yusof Mat IsaWalau sering dikritik, Datuk Seri Najib Razak masih lagi calon pilihan ramai sebagai perdana menteri dengan 31 peratus undi. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 24 Mei — Datuk Seri Najib Razak masih lagi calon popular sebagai perdana menteri apabila 31 peratus memilihnya, menurut satu tinjauan.

Pencabar terdekatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon pembangkang paling digemari ramai untuk jawatan itu, mendapat hanya 8 peratus undi.

Dapatan itu yang diperolehi dalam kaji selidik Invoke, dipimpin naib presiden PKR Rafizi Ramli, diumumkan kepada media hari ini.

Daripada 17,962 responden, seramai 5,568 memilih Najib daripada 10 ahli politik yang dilihat layak memimpin negara ini selepas pilihan raya umum.

Mengikuti Anwar yang mendapat 1,462 undi, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 6.1 peratus sokongan.

Kemudian dua tokoh utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad (5.7 peratus) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (4.4 peratus).

Lebih mengejutkan, Rafizi sendiri berada di tangga keenam dengan undian 3.7 peratus, meninggalkan tiga lagi tokoh utama PKR.

Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 1.6 peratus, sementara timbalannya Datuk Seri Azmin Ali memperolehi 1.2 peratus undi.

Berada di tangga ketujuh, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan sokongan 2.9 peratus.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berada di tangga terakhir dengan 0.9 peratus sokongan.

Namun, 34 peratus atau 6,172 responden enggan menyatakan calon pilihan mereka. Responden itu, dari seluruh negara, ditentukan sistem berkomputer.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Projek MMO

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Pelajar Malaysia cerita saat cemas bom di konsert Ariana Grande

Ziana Zain tetap luangkan masa bersama keluarga | H.O.T [VIDEO]