in

RM7 juta baik pulih flat yang ‘dilupakan’ kerajaan Selangor


PETALING JAYA – Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji  Tan Sri Noh Omar hari ini terus turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan kali ini fokusnya di Taman Datuk Harun.

Malah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu meluluskan peruntukan RM7 juta bagi pemulihan masalah infrastruktur yang semakin teruk di kediaman Pangsapuri Permai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara kerja-kerja baik pulih yang terlibat tersebut termasuk pembaikpulihan bumbung, lif, tangki air, gelanggang futsal, longkang dan pagar.

Pengumuman itu dibuat Noh ketika sesi walkabout di kawasan perumahan yang sama.

“Flat ini sudah lama, (sudah) 37 tahun. Ada lima blok dan penduduk lebih kurang 1,000 (orang). Masalah tangki air, ada berlumpur  menyebabkan air tercemar. Kita akan gantikan tangki air baharu.

“Kos baik pulih bumbung dianggarkan RM4.5 juta dan kalau kira keseluruhan semua, lebih kurang RM7 juta kita akan peruntukan untuk baik pulih semua yang terlibat ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan tersebut petang tadi.

Tambah Noh, antara punca perkara tersebut berlaku di kawasan itu ialah sikap kerajaan negeri sendiri yang mengabaikannya penduduk miskin bandar.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan sasaran kementerian untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan tersebut, Noh berkata, ia bergantung kepada tenaga kerja yang ada di pihak kementeriannya dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Bagaimanapun, wang peruntukan yang sudah disediakan oleh pihaknya diharap dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa terdekat.

“Duit sudah ada, kalau ikut saya, sekarang juga kita nak benda (baik pulih) ini siap. Tapi kita pun perlu melalui beberapa proses di kementerian dan sebagainya. Kita harap ia siap secepat mungkin.” – MalaysiaGazette



malaysiagazette.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Pemain Kuantan FA ikat perut, 11 bulan gaji tak dibayar

Cucu Almarhum Sultan Kedah Buat Catatan Menyentuh Hati