in

Resepi Jimat, Paling Mudah & Sedap Susu Kurma

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma itu di rumah? Jauh lebih murah, dapat minum dalam kuantiti yang banyak, lebih sihat dan dijamin tiada bahan pengawet.

Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap gila ini di rumah:

Bahan-bahan

7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)

1 cawan air kosong

2 cawan susu segar (Full cream atau Low fat – mengikut citarasa)

Cara menyediakannya

1. Belah kurma dan keluarkan bijinya. Belah kurma dan buang biji.

2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit. Rendam kurma dalam air kosong atau air panas.

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar. Tuang susu ke dalam blender bersama isi dan air rendaman kurma.

4. Kisar sehingga hancur. Kisar semua bahan jus susu kurma.

5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus. Tuang ke dalam gelas dan bolehlah dihidangkan.

Nah, siap sudah resepi yang amat senang dan menyihatkan. Tidak ada gula tambahan dan anda sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan.

www.abangterlajaklaris.my

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

110 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Buku Fattah Amin Paling Popular Di PBAKL 2017

GST bercanggah Islam, Majlis Fatwa silap