in

Polis ambil tukul besi Jamal jadi bahan bukti


KUALA LUMPUR – Gara-gara membuat kenyataan berhubung isu lesen pusat hiburan keluarga yang didakwanya didalangi pengusaha premis judi Datuk Seri Jamal Md. Yunos dipanggil memberi keterangan kepada polis di Ampang hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bersama sembilan individu lain hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira pukul 12 tengahari tadi.

Jamal juga turut membawa tukul besi yang digunakan ‘memusnahkan’ meja semasa sidang akhbar berkenaan isu yang sama 5 September lalu.

Pada sidang akhbar sebelum itu, beliau mendesak kerajaan Selangor membeku dan menarik balik lesen sesetengah pusat hiburan keluarga yang didakwanya diberi kepada pengusaha premis judi.

Turut bersama Jamal hari ini ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah, Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd. Imran Tamrin dan 50 individu yang lain.

Jamal memberitahu, beliau dan rakan-rakannya yang lain hadir ke balai polis pada hari ini untuk memberikan keterangan ekoran terdapat laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa individu yang dipercayai berkait rapat dengan isu mesin judi yang diketengahkan pihaknya.

“Jadi kami merasa sangat hairan dan sedih, isu yang kami bawa ini adalah isu masyarakat, isu yang terjadi di dalam negeri Selangor, saya dan beberapa NGO yang lain hanya menyuarakan pandangan masyarakat tentang maklumat yang diajukan kepada kami berhubung terlalu banyaknya premis-premis mesin judi ini,” katanya.

Jamal selesai memberi keterangan kepada pihak polis kira- kira jam 2 petang tadi dan memberitahu tukul besi yang dibawa telah diambil oleh pihak polis untuk dijadikan barang kes.- MalaysiaGazette



malaysiagazette.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Mila Jirin Terus Positif Walau Tidak Tersenari Top 12 AF Megastar

3 Bahan Ini Bantu Saya Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Tanpa Panadol