in

Perpindahan Ghaddar bakal jadi sebab penyingkiran Kelantan?


Zahasmi Ismail berpendapat bahawa ketumpulan para penyerangnya merupakan antara faktor utama dibelakang prestasi hambar pasukan Kelantan.

Pasukan The Red Warriors itu kini berada di zon bahaya Liga Super dengan hanya berbaki satu lagi perlawanan. Sekiranya Kelantan tewas menentang Melaka United dalam perlawanan akhir mereka pada bulan depan, skuad kendalian Zahasmi itu akan disingkirkan ke Liga Premier Malaysia buat musim 2018.

Ini merupakan situasi yang agak mengecewakan buat penyokong Kelantan kerana mereka menunjukan corak permainan yang agak positif pada awal musim ini.

Tetapi, Zahasmi mendakwa bahawa keputusan pihak pengurusan Kelantan untuk mengizinkan perpindahan Ghaddar ke Johor DT telah memberi impak yang agak negatif terhadap kebolehan skuadnya.

“Kami tidak ada pemain yang boleh menjaringkan gol berbanding pada awal musim, ketika itu pasukan mempunyai pemain import Mohammed Ghaddar di posisi untuk menghasilkan gol.

 “Saya akui pasukan terkesan dengan kehilangan pemain itu (Ghaddar) selepas berpindah ke Johor Darul Ta’azim dan terpaksa pasukan mengharungi baki perlawanan tanpa penyerang yang boleh menjaringkan gol,” ujar Zahasmi kepada Arena Metro.

Sebelum berpindah ke Johor DT, Ghaddar berjaya menjaringkan 18 gol dalam 12 perlawanan Liga Super untuk Kelantan – rekod yang jelas menarik perhatian Benjamin Mora, yang tidak berpuas hati dengan sumbangan Brian Ferreira.

Ghaddar digantikan dengan seorang lagi pemain yang berasal daripada Lebanon – Abou Bakr. Walau bagaimanapun, bekas penyerang AC Tripoli itu tidak berjaya menggalas tugas menjaringkan gol dengan efektif untuk pasukan Kelantan.



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Emma Maembong Alami Migrain Teruk

Nasib festival F&B Jerman di Klang belum pasti