in

Jeollabuk-Do (전라북도) Bandar Yang Menarik Untuk Diterokai di Korea Selatan

Korea Selatan terbahagi kepada beberapa kota khusus di mana Seoul dan Incheon terletak dalam kawasan Gyeonggi-do. Ibarat pecahan negeri di negara kita, selain Gyeonggi-do, Korea Selatan turut terbahagi kepada 7 kawasan lain merangkumi Gangwon-do, Chungcheongnam-do, Chungcheongbuk-do, Jeollabuk-do, Jeollanam-do, Gyeongsangnam-do, Gyeongsangbuk-do serta termasuk Jeju-do. Ramai pelancong luar hanya tertumpu pada percutian di kota metropolitan seperti Seoul dan Busan sahaja. Jeollabuk-Do kawasan luar bandar yang menarik untuk diterokai.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa percutian luar bandar di Korea juga sangat menarik untuk diterokai bagi mengenali sisi asli dan tradisional tanah Korea itu sendiri. Kali ini penulis ingin memperkenalkan apa yang menarik di Jeollbuk-do memandangkan penulis pernah ke situ mengikuti pelancongan percuma oleh pihak Korea Rural Tourism sebagai seorang ‘supporter’.

31

4
Memakan masa 3 jam setengah dari Seoul untuk ke sini, percutian balik hari sudah mencukupi jika anda kekurangan masa di Korea. Dua kampung yang menjadi tarikan disini dan antaranya adalah Namwon Dal Oreum Village. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan diri rasa tenang ditambah dengan pemandangan hijau semulajadi yang jauh beza dengan pemandangan hutan batu dan pencakar langit Seoul.

Terletak berhampiran Gunung Jiri (Jiri-san, 지리산), kampung ini menyediakan penginapan tradisional bagi pendaki gunung selain terkenal dengan penghasilan snek ‘hangwa’ (한과) yang sangat rangup di luar dan tidak terlalu manis untuk dibuat kudapan. Pelancongan berpeluang merasai pengalaman membuat snek ini selain wajib mencuba bibimbap dalam bekas kulit labu besar yang dikeringkan.

2

13483044_1106579182721535_6069457974053976476_o

Kampung berdekatan yang turut memiliki konsep ‘farm stay’adalah Imsil Cheese Village. Namanya sahaja sudah menonjol apa yang terkenal di kampung ini. Pelancong berpeluang merasai pengalaman membuat keju sendiri daripada susu kambing.

Di sini terdapat sebuah ladang kambing kecil di mana pengunjung boleh mendekati kambing tersebut sambil memberi makan kepada mereka. Keju dari sini dengan jenama Doomari Farm dihasilkan dengan kualiti yang tinggi namun oleh kerana penghasilannnya terhad, harga yang dijual lebih mahal di pasaran berbanding jenama lain.

5
1

Jika anda ingin ke dua tempat ini, anda boleh melayari laman http/:dalorum.go2vil.org (Namwon Daloreum Village) dan www.doomari.com (Imsil Cheese Village)

Sumber > Blog Muslim Travel Bug

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

‘Nanti ada yang dengki’ | Hiburan

Pelajari Adab Berjabat Tangan di Korea Selatan