in

Penganalisis saran cari calon selain Anwar sebagai PM

ProjekMMO

Pemimpin pembangkang, kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad, mengangkat plakad 'Anwar PM Ke-7' di kongres PKR di Shah Alam 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaPemimpin pembangkang, kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad, mengangkat plakad ‘Anwar PM Ke-7’ di kongres PKR di Shah Alam 21 Mei 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 23 Mei — Pembangkang perlu memikirkan calon lain sebagai perdana menteri sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjara, kata penganalisis.

“Dalam keadaan politik kini, mustahil Anwar menjadi perdana menteri.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedar perkara ini,” kata profesor madya Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada Malay Mail Online.

Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bersetuju dengan pandangan pengamat politik Khoo Kay Peng bahawa calon lain wajar ditonjolkan.

Mereka mengulas sikap dua tokoh utama PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad and Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan menaikkan plakad “Anwar PM ke-7” di kongres PKR.

Anwar, ketua umum PKR, sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat. Tahun ini memasuki tahun ketiga.

Tanpa pengampunan atau pembebasan awal, beliau memerlukan lapan tahun lagi untuk layak bertanding pilihan raya dan menang sebelum memegang jawatan itu.

Khoo percaya tindakan dua pemimpin atasan PPBM itu bukan sebab perseteruan tetapi lebih kerana bersikap realistik melihat halangan yang dialami Anwar.

Beliau juga menekan soal pembangkang perlu menyelesaikan pembahagian kerusi bagi mengelakkan perebutan dalam pertandingan pelbagai penjuru.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Projek MMO

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Regalia Suite & Residence Homestay KL – Amazing Pool in Malaysia

Berhenti Cari Silap Saya Kerana Saya Masih Dalam Proses Untuk Jadi Muslimah Yang Baik