in

Pemandu Uber suspek kes samun penumpang ditangkap

www.freemalaysiatoday.com

Suspek memiliki 2 rekod jenayah lampau, menurut Timbalan Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu Uber yang melarikan diri selepas menyamun seorang jurujual kosmetik yang menggunakan perkhidmatan itu pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata lelaki berusia 22 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Muar di Johor arah utara pada 11 malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna hitam dan pemeriksaan mendapati suspek yang beralamat di Kulim, Kedah itu memiliki 2 rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga 31 Mei depan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian Ahad lepas, seorang wanita berusia 26 tahun yang menempah perkhidmatan Uber dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong disamun pemandu dan seorang lagi lelaki yang berada di tempat duduk penumpang setelah menaiki kereta jenis Proton Saga.

Penumpang lelaki itu dikatakan mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengarahkan supaya menyerahkan barangan peribadi sebaik tiba di pusat perniagaan berhampiran One Puchong.

Lee berkata polis mengenal pasti seorang lagi suspek yang terlibat berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup di sebuah stesen minyak dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

 

www.freemalaysiatoday.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Dakwaan mahu jatuhkan Muhyiddin satu tuduhan liar – Hamidah

Usal ‘kecam’ Shabudin lulus, wakil BN keluar dewan