in

Pegawai Dietetik Ini Saran Amal Diet #SukuSukuSeparuh Untuk Turunkan Berat Badan Serta Merta


Cara diet #sukusukuseparuh merupakan simbol kepada pinggan sihat Malaysia dalam mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat. Pinggan sihat ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan diet yang sihat bagi mengelak pelbagai jenis penyakit.


DIET #SUKUSUKUSEPARUH by hijabista

Menurut Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pn Murnizar Binti Mokhtar  cara diet #sukusukuseparuh  ini sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang sedang berazam menurunkan berat badan.

Ketika kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf beliau menekankan tidak susah untuk mengamalkan diet secara sihat sekiranya kita mengamalkan #sukusukuseparuh.

Contoh pemakanan #sukusukuseparuh

Diet #sukusukuseparuh ini terdiri daripada suku kabohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buah-buahan.

Konsep Kuruskan Badan

Apa yang penting dalam pemakanan seharian kita perlu tahu keseimbangan makanan yang dipilih baik dari sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Dua perkara yang sangat ditekankan ialah elakkan pengambilan makanan berlemak dan gula. Sebaliknya kebanyakan makanan yang disarankan dalam kempen ini ialah kukus,rebus dan bakar tanpa menyahkan nutrien dalam badan.

5 Mesej Utama Pinggan Sihat Malaysia

  1. Makan 3 hidangan utama yang sihat dalam sehari.
  2. Makan 1-2 makanan ringan yang sihat antara waktu makan jika perlu.
  3. Pastikan separuh dari bijirin yang di mbil seharian adalah bijirin penuh.
  4. Makan hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan setiap hari.
  5. Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tinggalkan Komen



Sumber > Hijabista > Dapatkan sekarang majalah HIJABISTA di kedai-dedai buku berhampiran.

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Kerajaan takut intelektual ajak orang Islam berfikir, kata Zaid

Aiman Tino Ditangkap Khalwat? – Media Hiburan