in

PAS harap PKR kekal dalam kerajaan Kelantan

Presiden PKR hari ini berkata semua ahli partinya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan PAS akan meletak jawatan akhir Julai nanti.

KUALA LUMPUR: PAS hari ini harap lantikan politik PKR di Kelantan kekal berkhidmat di negeri itu sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kini terdapat sekurang-kurangnya 52 lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

“Tindakan PKR adalah hak parti tapi Kerajaan Negeri Kelantan harap PKR terus kekal berkhidmat sehingga PRU akan datang,” katanya dalam soal jawab pada majlis berbuka puasa PAS Pusat bersama media di Rabbani Lamb House di sini hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata semua ahli partinya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan PAS akan meletak jawatan akhir Julai nanti.

Arahan itu dikeluarkan itu seawal 17 Mei lalu, mengarahkan semua lantikan politik partinya melepaskan jawatan yang disandang berkuat kuasa serta merta.

Mereka belum melepaskan jawatan disebabkan beberapa isu teknikal termasuk menyelesaikan urusan pentadbiran kerajaan negeri, kata Wan Azizah.

Arahan itu mengekori ketetapan Majlis Syura Ulama PAS 11 Mei lepas yang menamatkan kerjasama politik dengan PKR yang dituduh melanggar beberapa syarat kerjasama antara mereka.

Tuan Ibrahim hari ini berkata PAS akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan PKR dengan lantikan baharu sekiranya parti reformasi itu berundur dari kerajaan Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Tuan Ibrahim berkata PAS akan buat membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak esok.

“Ada 2, 3 perkara yang kita sedang menunggu pun sama ada pilihan raya ini ada atau tidak kerana DAP mencabar injunksi di mahkamah untuk minta supaya keputusan SPR it ditangguhkan dahulu.

“Jadi bagi kita, kita akan tunggu dulu apa sebenarnya ada ke tak ada pilihan raya,” katanya.

 

www.freemalaysiatoday.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Shukri Yahaya Nafi Mesej Goda Wanita

Janna Nick Dikecam Selfie Dalam Masjid