in

Nelo Vingada mengesahkan skuad 24 pemain untuk perlawanan menentang Korea Utara


Jurulatih Malaysia Nelo Vingada telah mengesahkan skuad 24 pemain yang akan dibawa ke Pyongyang untuk perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara.

Skuad ini menampilkan enam pemain daripada pasukan Malaysia B-23 yang tewas kepada Thailand semasa final Sukan SEA pada bulan Ogos. Enam pemain tersebut adalah Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Selain itu, Nelo juga membuat keputusan untuk mengugurkan enam pemain daripada skuad Malaysia yang menentang pasukan Hong Kong. Enam pemain tersebut adalah Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).

Nama-nama lain seperti Safiq Rahim, Shahrom Kalam, Baddrol Bakthiar dan juga Syazwan Zainon kekal di dalam skuad ini. Selain itu, pemain naturalisasi Kiko Insa juga dikekalkan dalam skuad Nelo Vingada.

Pasukan Malaysia akan berlepas ke Pyongyang melalui Singapura dan Beijing pada 3 Oktober, sebelum menentang pasukan Korea Utara di Pyonyang pada 5 Oktober. Lima hari selepas itu, skuad kendalian Nelo Vingada akan berkunjung ke Hong Kong untuk menentang pasukan tuan rumah.

Berikut adalah senarai penuh skuad terbaru Nelo Vingada:

Baddrol Bakthiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi, Akram Mahinan, Ifwat Akmal, Fitri Omar, Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Darren Lok, Nazmi Faiz, Safawi Rasid, Hafizul Hakim, Shahrom Kalam, Nazirul Naim, Amirul Azhan, Kiko Insa, Matt Davies, Azam Azih, Khairul Azhan, Azam Nor Azlin, Wan Zack Haikal, Shahrel Fikri, Syamer Kutty 



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

LHDN nafi ada unsur politik dalam penguatkuasaan