in

Nazri tunjuk ‘bagus’ bila saya pertikai 1MDB, dakwa Shafie

ProjekMMO

Datuk Seri Shafie Apdal menafikan dakwaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa beliau menerima sebahagian dana daripada 1MDB. ― Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Shafie Apdal menafikan dakwaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa beliau menerima sebahagian dana daripada 1MDB. ― Foto oleh Saw Siow FengKIMANIS, 24 Mei — Seorang bekas menteri mendakwa Datuk Seri Nazri Aziz menyokong tindakannya membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Shafie Apdal berkata menteri pelancongan, yang berada di sisi dalam kabinet, menunjukkan tanda bagus ketika mempertikaikan dana syarikat itu.

“Saya masih ingat sewaktu saya bertanya isu 1MDB, Nazri duduk di sebelah saya. Beliau menunjukkan ibu jari, tetapi sembunyi, agar tidak diketahui.

“Beliau berkata baguslah kita menimbulkan persoalan itu,” kata bekas menteri luar bandar, yang kini memimpin Parti Warisan Sabah, kepada media.

Shafie sekali gus menafikan dakwaan Nazri bahawa beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak dana 1MDB ketika kedua-duanya dalam kerajaan.

“Saya terkejut dengan watak ini dalam politik yang beliau membangkitkan isu ini sekarang,” tambahnya, bekas seorang naib presiden Umno, semalam.

Dalam satu pertemuan dengan Umno di Kuala Lumpur pada Ahad, Nazri mengakui menerima sebahagian dana RM2.6 bilion untuk pilihan raya umum.

Namun beliau mendakwa Muhyiddin, waktu itu timbalan presiden Umno, dan Shafie menerima jumlah yang lebih besar.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Projek MMO

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Saya tidak pernah jumpa Rosmah – Pengasas 99 Speedmart

Syed Mokhtar beli 49% saham Lotus