in

Motosikal Ducati naik harga bulan depan, syukur bukan di Malaysia


Sudah menjadi pengetahuan umum nilai matawang negara tidak stabil. Menyusut, mengukuh dan menyusut kembali. Banyak faktor yang menjadi punca kepada kejatuhan tersebut terutama sekali dalam suasana politik dunia yang tidak menentu.

Penurunan nilai matawang juga banyak menjejaskan pengilang yang bergantung kepada barang import. Margin keuntungan semakin mengecil dan sampai bila mereka boleh bertahan? T

Terpaksa atau tidak, harga perlu diselaraskan dan dipindahkan kepada pengguna. 

 

Motosikal Ducati naik harga bulan depan, syukur bukan di Malaysia

 

Tetapi ini lain pula halnya di United Kingdom. Ducati UK mengumumkan harga barisan model termasuk Ducati Scrambler akan dinaikkan secara purata sebanyak dua peratus. Tiada alasan spesifik diberikan tetapi Ducati memaklumkan harga tersebut masih di bawah paras inflasi UK.

Harga tersebut bukan dikuatkuasakan dalam dua atau tiga bulan lagi tetapi dalam masa terdekat iaitu bermula 2 Oktober 2017.

Bermula dari tarikh itu, Ducati Monster 797 naik sebanyak GBP 100 kepada GBP 7995 (RM 45,214). Model baharu Supersport dan Supersport S (Red version) pula masing-masing naik sebanyak GBP 200 dan GBP 300 kepada GBP 11,795 (RM 66,698) dan GBP 12,995 (RM 73,484).

 

Motosikal Ducati naik harga bulan depan, syukur bukan di Malaysia

 

Sementara itu, Scrambler Sixty2 kekal pada GBP 6750 (RM 38,163) manakala model 800 cc Icon naik dari GBP 7,650 kepada GBP 7,850 (RM 44,376).

Harga asas Scrambler Sixty2 399 cc pasaran tempatan ialah RM 49,999 manakala Monster 797 ialah RM 55,900.

Harga model 2018 akan diumumkan semasa pameran EICMA yang bakal berlangsung bermula 5 November depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin



Sumber > Careta.my

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Eyka Farhana Dituduh Buat Video Lucah

Video IS ‘Abu Uqayl’ penuh pemesongan akidah, kata mufti