in

MENGHIASI RUMAH ANDA MENJELANG AIDIL FITRI.


Ketibaan Hari Raya mmg sangat dinanti-nantikan. Adat ziarah- menziarahi memang menjadi kebiasaan di hari lebaran ini. Jadi, tak salah kalau anda ingin mengubah penampilan rumah anda. 
Dengan sentuhan-sentuhan kecil, rumah anda akan menjadi lebih selesa dan menarik untuk menerima kunjungan tetamu. 
Paling penting, sentuhan ini haruslah bersesuaian dengan bajet anda. Berikut beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mendekorasi rumah anda.
Tentukan Tema. 
Setiap ahli keluarga mempunyai pilihan dekorasi yang tersendiri. Namun, kebiasaannya pilihan ibu juga akan menjadi keputusan terakhir dan dibantu oleh input-input yang diberikan oleh anggota keluarga yang lain. 
Samaada ‘modern’, klasik ataupun ‘luxury’, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengaplikasikan dekorasi impian anda. Kalau tidak bila lagi?.
Gunakan ‘wallpaper’ dan ‘wall sticker’ untuk ruang tamu.

Selesai pemilihan tema, anda mungkin mahu mencuba sedikit perubahan di ruang tamu anda.  Kalau sebelum ini anda suka dengan warna cat yang tertentu. Sudah tiba saatnya anda memberi sentuhan ‘walpaper’ atau ‘wallsticker’. 
Kalau siling rumah anda agak rendah, ‘wallpaper’ bercorak garisan menegak atau’vertical’ adalah pilihan terbaik. Ruang tersebut akan kelihatan lebih tinggi. Untuk ruang yang luas, pemilihan warna gelap atau motif-motif besar akan memberi suasana yang lebih intim dan selesa.
Jika tidak menggunakan ‘wallpaper’, ‘wallsticker’ juga boleh menjadi pilhan anda. Penggunaannya juga lebih mudah dan terdapat dalam pelbagai ukuran dan corak. Dengan ‘wallsticker’ anda hanya perlu menutupi seluruh dinding. hanya di tempat-tempat yang sesuai. Kalau dinding anda terdapat rekahan atau kotoran degil, ‘wallsticker’ adalah pilihan terbaik anda.
Kemaskini dapur anda.

Ruang dapur pastinya akan menjadi tempat utama untuk kaum wanita. Anda hanya perlu pastikan dapur anda bersih dari kotoran minyak, Susunkan segala kelengkapan dapur anda dengan kemas supaya ia kelihatan lebih luas.
Kalau anda mempunyai ruang dapur yang luas dan bajet yang sesuai, tambahan ‘island’ adalah pilihan bijak. Selain ia adalah impian para wanita, ia juga memberi ruang kerja tambahan dan tempat untuk berbual.
Tampilkan perabut baru.

Jika anda inginkan suasana yang baru, memperbaharui perabut adalah langkah mudah, Anda boleh menghantarnya untuk ‘refurbished’, atau menggantinya yang baru. Bergantung kepada kondisi perabut dan bajet anda. 
Bentangkan karpet bercorak yang menepati tema pilihan anda di ruang- ruang yang sesuai. Selain memberi personaliti, dengan pilihan yang tepat, ia mampu menjadikan ruang lebih luas.
Dan paling penting.
Dengan perubahan ini, anda mampu menambah keriangan di Aidil FItri dan mengeratkan silaturaahim diantara keluarga dan rakan-rakan. 
Nota kaki:
Pastikan anda tidak lupa melengkapi rumah anda dengan kueh mueh dan makanan untuk menjamu tetamu anda. Bukannya mereka datang nak tengok rumah anda. 
Nak tengok rumah baik pergi ke showroom sahaja.
#decoguru.my



Sumber Artikle > Blog Decoguru

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Parti pimpinan Macron ungguli Pilihan raya Perancis | Dunia

Merkel ucap tahniah kepada Macron | Dunia