in

Menara Grenfell didakwa tiada penahan keselamatan | Dunia


Asap dan api masih kelihatan dari Menara Grenfell di barat London. – Foto AFP

LONDON: Dokumen perancangan menara kediaman di Barat London menunjukkan sejenis bahan penahan api yang patut digunakan untuk bangunan yang diperbaharui tidak diguna pakai, kata pakar.

Pendedahan itu dibuat susulan insiden kebakaran bangunan terbabit, semalam yang meragut 12 nyawa dan mencederakan 70 mangsa lain, setakat ini.

Pihak berkuasa tempatan yang memiliki Menara Grenfell di Kensington itu enggan mengesahkan sama ada penahan api dipasang di kebanyakan tingkat antara panel penebat haba (insulasi) dan bahagian luar bangunan.

Syarikat pembinaan Rydon Group yang menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan itu juga enggan mengulas sama ada penahan api digunakan, namun menyatakan semua kerja-kerja pembaharuan menepati kawalan bangunan, peraturan kebakaran, kesihatan dan keselamatan.

“Kami terkejut mendengar kemusnahan Grenfell Tower dan ingin menyampaikan salam takziah kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini,” kata jurucakap Rydon dalam satu kenyataan menerusi emel.

Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia kerja-kerja pembinaan, Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan enggan menjawab soalan Reuters termasuk sama ada penahan api wajib dipasang mengikut undang-undang.

Ia kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tidak sesuai mengulas mengenai punca kebakaran, buat masa ini.

Beberapa pakar undang-undang juga enggan memberikan pendapat sama ada penahan api perlu dipasang mengikut undang-undang. – Reuters



Sumber Berita > Bharian Online

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Shahir bebas urus kerjaya seni sendiri | Hiburan

Belakang Wany Hasrita Ada Hantu?