in

Melaka United bercadang mahu tukar nama pasukan kepada Melaka City


Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bercadang mahu menjenamakan badan bola sepak berkenaan buat kali kedua tidak lama lagi. Jika semua berjalan lancar, kali ini MUSA akan dikenali sebagai Persatuan Bolasepak Melaka City (MCFC) yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Pendekatan itu antara usaha positif menyemarakkan sokongan peminat, sekali gus mendorong kepada perubahan yang lebih agresif.

Menurut Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi , Melaka City lebih menggambarkan kedudukan bandar raya itu di mata dunia berbanding Melaka United (MU) walaupun ia juga di bandar raya yang sama.

“Jika Melaka City ia lebih menjurus kepada lokasi atau venue bandar raya berkenaan sementara MU tiada posisi khas pada pandangan umum, walaupun perkataan Melaka pada bahagian depan persatuan terbabit,” katanya kepada harian metro

“Bagaimanapun, ia satu cadangan dan perancangan terkini yang cuba dilakukan MUSA untuk faedah dan kebaikan bersama dalam pengurusan bola sepak negeri,” katanya.

Beliau berkata, keputusan akhir hanya terletak di tangan presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

MELAKA 29 JULY 2016. Pemain import Felda United FC, Lutfulla Turaev (kanan) cuba melepasi halangan pemain import Melaka United, Labinot Harbuzi dalam perlawanan Piala Malaysia 2016 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD

Sementara itu, beberapa penyokong Melaka meluahkan pandangan mereka mengenai cadangan MUSA di laman sosial. Menurut salah seorang penyokong Melaka, apa yang perlu ditukar ialah tampuk pengurusan bukan nama sesebuah pasukan.

“Tak payah lah. MU nama dh cukup baik. Nama pasukan bukan menjadi masalah, yang menjadi masalah ialah pengurusanya. Itu yang perlu di rombak,” kata Norisham Abdul Ghafar.

“Pengurusan barua baru tu tukau je. Masa liga fam liga perdana barua barua itu semua tak wujud. Bila naik liga super, barua dua orang ni semua pegang jawatan, maklumlah penaja banyak.,” luah seorang penyokong yang dikenali sebagai Putra Tuah.

 



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Skuad Bola Sepak Sukan SEA Thailand Dilarang Guna Media Sosial

Video : Real Madrid juara UEFA Super Cup 2017