in

May dapat bantuan Ireland Utara | Dunia


PERDANA Menteri Britain, Theresa May. – Foto EPA

LONDON: Perdana Menteri Theresa May akan menubuhkan kerajaan baharu dengan bantuan kesatuan Ireland Utara bagi membolehkan beliau mengetuai Britain dalam sesi rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU) ke arah pelaksanaan Brexit.

May meminta perkenan Ratu Elizabeth bagi menubuhkan kerajaan baharu hari ini, selepas proses pilihan raya yang menyaksikan Parti Konservatif pimpinannya kehilangan majoriti beberapa hari sebelum rundingan Brexit diadakan.

Ketika ditemui di pintu kediaman rasminya di Downing Street, May menyatakan bergantung harap kepada Parlimen untuk menyokong rakan dari Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara selepas Parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh keputusan majoriti.

“Kita akan terus bekerjasama dengan rakan dan sekutu khususnya daripada DUP.

“Kedua-dua parti memiliki hubungan kukuh sejak sekian lama dan ia meyakinkan saya bahawa kerjasama ini akan berjaya demi kesejahteraan United Kingdom,” katanya.

DUP, penyokong tegar yang mempertahankan kedudukan Ireland Utara sebagai sebahagian daripada United Kingdom dan dilihat mengamalkan pendekatan konservatif menangani pelbagai isu sosial, menambah kerusi dimiliki kepada 10 pada pilihan raya berkenaan.

May berkata, kedua-dua parti akan memastikan janji berkenaan Brexit ditunaikan selain membina sebuah negara yang tidak meminggirkan sesiapa dalam tempoh lima tahun akan datang. – Reuters



Sumber Berita > Bharian Online

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Janna Nick Dikecam Selfie Dalam Masjid

Geng ‘susu kangkang’ tumpas, 5 ditahan