in

Mahadzir Sudah Sedar Dari Koma


Alhamdulillah, itulah ucapan yang dapat diluahkan setelah mendapat berita bahawa pengacara dan personaliti televisyen, Datuk Mahadzir Mohamad telah pun sedar daripada koma.

Menurut sumber Bernama, Mahadzir telah sedar daripada koma hari ini sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad lalu.

Walau bagaimanapun adik kepada Mahadzir, Danial Lokman memberitahu bahawa Mahadzir kini masih lagi di bawah pemerhatian rapi doktor untuk rawatan lanjut. Mahadzir juga sudah boleh bercakap dan peka.

“Perkataan pertama beliau adalah ‘tolong minta sesiapa bawakan pijama dan berus gigi saya ke hospital ya’,” kata Danial.

Terdahulu, Mahadzir dikejarkan ke hospital setelah anggota keluarga menemuinya tidak sedarkan diri.

Beliau dibawa ke hospital awal Ahad yang lalu dan beliau mengahadapi pelbagai komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetis yang dihidapinya.

Sepanjang beliau menerima rawatan di pusat perubatan tersebut, terdapat berita palsu yang tersebar mengatakan dirinya sudah meninggal dunia. Namun berita tersebut dinafikan oleh ahli keluarganya dan berharap agar segala berita tidak benar ini dihentikan.

Kami di MH Online berdoa agar kesihatan Mahdzir terus kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

Sumber: Bernama

Apa Kata Anda




Sumber > Media Hiburan

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Terima permohonan maaf pengusaha dobi ‘Islam sahaja’, kata Najib

Persepsi Buruk Tinggal Serumah Dengan Keluarga Mertua, Jangan Sampai HILANG BERKAT Ibu Pada Anaknya!