in

Live Streaming Liga 1 Indonesia: Persib Bandung vs Bali United (4.00 PM KO)


LIGA 1 INDONESIA
Persib Bandung vs Bali United
4.oo PM Kick-Off
Stadium Si Jalak Harupat

Pasukan Persib Bandung akan menerima kunjungan Bali United di Stadium Si Jalak Harupat dalam perlawanan yang pastinya akan menjamu para peminat dengan aksi-aksi yang menarik pada petang ini.

Waktu perlawanan ini telah diubah ke 4 petang atas faktor keselamatan kerana penyokong kedua-dua pasukan memang terkenal dengan semangat mereka yang seringkali berkobar-kobar. Selain itu, waktu perlawanan juga diubah untuk memberi masa kepada para penyokong yang berumat Islam untuk melaksanakan solat asar.

Perlawanan ini akan menyaksikan lima pemain Bali United kembali semula ke gelanggang bekas pasukan mereka di Bandung. Muhammad Taufiq, Yandi Sofyan, Marcos Flores, Dias Angga dan juga Abdul Rahman – kesemua pemain ini pernah bermain untuk Persib Bandung sebelum menyertai Bali United.

Selain itu, pertembungan ini juga membabitkan dua jurulatih yang boleh dikategorikan sebagai ‘mentor dan mentee’. Dari perspektif corak kejurulatihan, Jurulatih Persib Bandung, Emral Abus jelas mempengaruhi Widodo Cahyono Putro, yang merupakan ketua jurulatih untuk skuad Serdadu Tridatu.

Baru-baru ini, Widodo turut memuji mutu permainan pasukan Persib Bandung dan dia berpendapat bahawa pemikiran taktikal Emral Abus adalah antara elemen yang paling penting untuk skuad Pangeran Biru.

Walaupun Persib akan memasuki pertembungan ini tanpa dua pemain penting mereka – Tony Sucipto dan Michael Essien – kebolehan mereka untuk merobek pasukan lawan tidak boleh dikecilkan oleh skuad Widodo. Persib hanya mampu seri 2-2 dengan Semen Padang dua minggu lepas, tetapi mereka menjaringkan empat gol menentang Sriwijaya FC pada 4 September.

Bali United juga mempunyai rekod yang bagus sejak kebelakangan ini. Mereka berjaya mengalahkan Persija 2-1 dua minggu lepas, selepas hanya mampu seri 0-0 menentang Borneo FC. Namun begitu, skuad kendalian Widodo ini sempat merobek gawang Persela (5-1) dan Mitra Kukar (6-1) bulan lepas.

Bagi pasukan tuan rumah, bermain di hadapan penyokong sendiri akan memberikan kelebihan yang unik. Tetapi dengan pemain seperti Irfan Bachdim dan juga Stefano Lilipaly, sudah pasti Bali United mampu mencatat kejutan di Stadium Si Jalak Harupat. Persoalannya, pasukan mana yang akan tampil hadapan dengan keyakinan yang tinggi?

Saksikan Live Streaming Liga 1 Indonesia: Persib Bandung vs Bali United (Perlawanan ini hanya boleh disaksikan oleh pengguna Celcom di Malaysia)

 



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Tuntut Pesalah Diseksa Hingga Mati, Sharnaaz Beri Respon

JAIPk rampas selipar kalimah syahadah