in

KWSP, UEM nilai hasrat Maju Holdings beli PLUS


KUALA LUMPUR – Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengesahkan telah menerima surat hasrat (non-binding letter) daripada Evercore Asia Ltd. bagi pihak Maju Holdings yang menunjukkan minat untuk mengambil alih keseluruhan ekuiti dalam pengendali lebuhraya, PLUS Malaysia Bhd. (PLUS).

Dalam kenyataan bersamanya, kedua-dua entiti itu bagaimanapun menegaskan buat masa ini mereka tidak berminat untuk menjual pegangan masing-masing dalam PLUS kepada Maju Holdings.

Kumpulan UEM memiliki 51 peratus pegangan dalam PLUS manakala KWSP menguasai 49 peratus.

“Kami tidak boleh mengulas lanjut kerana kami masih menilai surat tersebut dan sehingga kami memuktamadkan proses penilaian, kami tetap kekal dengan pendirian sedia ada iaitu tidak berminat untuk menjual pegangan masing-masing,” kata Kumpulan UEM dan KWSP.

Dalam pada itu, Kumpulan UEM berkata, PLUS adalah perniagaan terasnya sejak sekian lama dan akan memastikan ia menyediakan perkhidmatan yang baik dan bermanfaat kepada pengguna.

“PLUS juga salah sebuah pelaburan teras KWSP dengan 49 peratus pegangan yang sesuai dengan profil risiko dana persaraan yang memberi manfaat kepada 14 juta ahli.- MalaysiaGazette



malaysiagazette.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Pemilik Berkeley’s Corner mahu exco Selangor buktikan dakwaan

Ini Dia Senarai Nama 12 Orang Bintang AF Yang Akan Berentap dalam AF MEGASTAR