in

Kim Swee ada ramuan untuk mendapatkan pingat emas Sukan SEA


Semalam jurulatih skuad Malaysia U22, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 20 pemain bolasepak yang akan membawa cabaran negara di Sukan SEA Kuala Lumpur. 6 pemain yang tidak bersama skuad bawah 22 tahun negara ke Bangkok bulan lalu antara 20 pemain yang diberikan peluang untuk beraksi di Sukan SEA bermula Isnin ini.

Daripada 20 orang pemain, lapan pemain telah digugurkan. Mereka ialah Dominic Tan Jing Jung (JDT), Danial Ashraf (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers), Sean Eugene Selvaraj (N. Sembilan), Tommy Mawat Bada (Sarawak), Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Ahmad Azriddin Rosli (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar (Perak).

6 pemain yang tidak mendapat pelepasan pasukan pada kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok bulan lalu iaitu Matthew Davies, Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran, Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Haziq Nadzli, Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) turut terpilih wakili negara.

Menurut kim swee, ia merupakan pemilihan pemain yang paling sukar pernah diharunginya dalam empat edisi Sukan SEA sejak 2011.

“Ini bukan keputusan mudah, boleh dikatakan sebagai jurulatih dalam empat edisi Sukan SEA ini paling sukar. Lapan pemain yang digugurkan mempunyai kredibiliti masing-masing.”

“Kita mendapat kejayaan di Bangkok tapi ia sudah berlalu, saya percaya dengan gabungan enam, tujuh pemain baru, ia akan memantapkan pasukan,” katanya dalam sidang media.

“Bila ada penjaga gol yang mengalami kecederaan serius, mengikut peraturan kita boleh menukar pemain penjaga gol. Jadi Amierul perlu bersedia untuk digantikan pada bila-bila masa,” kata Kim Swee.

Rayu penyokong memberikan sokongan padu

“Kita perlu menggunakan setiap kelebihan yang ada dan faktor penyokong amat membantu pemain, tanpa mengambil kira siapa lawan kita,” katanya.

“Setiap perlawanan penting bagi pemain, terutamanya pada aksi pembukaan menentang Brunei, Isnin ini. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, saya pasti kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri mampu menjadi faktor yang membezakan kita dengan pasukan lawan.”

“Pada tiga edisi sebelum ini, saya membawa pasukan bersaing di tempat lawan. Sudah tentu ia jauh lebih sukar kerana banyak perkara di luar kawalan kita. Jadi, sebagai tuan rumah, kita tidak boleh mensia-siakan kelebihan itu dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Tagih sokongan Ultras Malaya

“Ketika skuad muda negara menjuarai Pestabola Merdeka 2013, Ultras antara tonggak penting yang mendorong kami mencapai kejayaan itu, dan saya harap perkara sama dilakukan pada temasya ini,” ujarnya.

Malaysia akan memulakan kempen dari Kumpulan A bertemu Brunei pada Isnin ini (14 Ogos), diikuti Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos). Semua perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. 2 Pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke separuh akhir.



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Kedah nafi ada “jembalang tanah” dalam pengurusan

Vietnam umum 20 pemain terbaik ke Sukan SEA