in

Ketua Pemuda Gerakan bertembung Kor Ming di Taiping


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang bakal menjadi salah satu daripada lapan muka baharu yang dicalonkan Gerakan untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen.

Sinchew Daily melaporkan, Keng Liang dijangka bertanding di Taiping, Perak sekali gus berdepan dengan pendebat hebat DAP iaitu Nga Kor Ming.

Pada Pilihan Raya 2013, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah kecundang di tangan Kor Ming di Taiping dan Gerakan bakal meletakkan ketua pemuda pula untuk bertarung dengan pemimpin kanan DAP Perak itu.

Menurut sumber, kebanyakan calon Gerakan telah ditetapkan dan kemungkinan mereka untuk bertanding adalah mencapai 80 peratus.

Perubahan bagaimanapun mungkin berlaku di kerusi-kerusi Gerakan di Pulau Pinang.

Menurut Sinchew Daily, dua Ahli Parlimen Gerakan sedia ada iaitu Datuk Seri Mah Siew Keong dan Datuk Liang Teck Meng akan mempertahankan kerusi masing-masing di Teluk Intan, Perak dan Simpang Renggam, Johor.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay yang kecundang di Puchong, Selangor sebelum ini akan bertanding di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Datuk Dominic Lau yang kecundang di Batu, Kuala Lumpur pula akan diberi peluang kedua untuk bertanding di kerusi sama.

Datuk Lau Hoi Keong yang suda lama aktif di Kepong dan Segambut di Kuala Lumpur dijangkakan bertanding di kerusi Parlimen Segambut. – MalaysiaGazette



malaysiagazette.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Mukhriz diam diri ditanya hala tuju ayahnya

Hamil Bukan Alasan Oki Setiana Dewi Tunai Haji