in

Ketahui tema dekorasi dalaman yang sesuai dengan perwatakan anda.


Rumah adalah refleksi personaliti diri anda. Tapi adakah anda tahu tema hiasan rumah yang sesuai dengan jiwa anda? Kami dari DecoGuru akan memberi sedikit panduan untuk anda memilih tema yang sesuai dengan personaliti anda.
Yang ‘terlalu’ mementingkan kebersihan dan OCD
Minimalis

Ruang rumah yang lebih tersusun akan membuatkan minda anda lebih tenang, itu adalah mantra hidup anda. Ruang rumah yang kosong dan lapang akan memudahkan anda untuk kekal fokusus kepada hal dan (barang rumah) yang betul-betul penting sahaja. Untuk golongan seperti ini,tema hiasan rumah minimalis adalah sangat sesuai dengan jiwa mereka

Apa yang anda perlu lakukan ialah menyusun barangan rumah anda sebaik mungkin. Simpan barangan yang tidak digunakan manakala susun barangan yang hanya anda gunakan sebaik mungkin. Penggunaan rak dan kotak simpanan sebagai elemen ‘design’ dalam tema minimalis amat penting dan selain praktikal untuk menyimpan barangan anda. 
Fashionista/ Instagrammer/ Ikon media sosial
Kontemporari

Anda dikenali sebagai seorang yang ‘up to date’ dari segi fesyen ataupun ‘lifestyle’ anda di media sosial. Anda seorang yang berfikiran terbuka dan seorang yang suka mencuba benda baru. Stail rumah kontemporari amat sesuai dengan jiwa muda anda. Hiasan dalaman yang sentiasa terkini dan segar amat sesuai dengan jiwa anda.

Walaupun stail kontemporari akan sentiasa berubah mengikut masa dan trend pada ketika itu, ada elemenpemilihan perabot bertamakan Scandinavian contohnya masih boleh dikekalkan dalam tema kontemporari. Penggunaan hasil karya dan poster juga amat sesuai dengan tema ini. 
Golongan muda professional
Moden

Anda dikenali sebagai seorang yang suka dengan gaya hidup di bandar. Hari anda kebiasaanya dihabiskan dengan kerja dari 9 pagi ke 5 petang. Selepas kerja anda akan pergi ke gim atau menghabiskan masa bersama rakan di restoran terkemuka sekitar bandar.
Sesuai dengan gaya hidup metropolitan, stail moden adalah amat sesuai untuk hiasan dalaman rumah anda.

Dengan gaya hiasan eksklusif seperti hotel dan juga penggunaan material dan warna yang kontra, ianya amat sesuai untuk ruang rumah yang kecil seperti unit studio atau SoHo.
Penggunaan perabot yang licin dan tanpa tekstur, ia akan membuatkan rumah anda tampak lebih elegan. Anda boleh menggunakan kombinasi perabot, langsir, dinding dan lantai untuk mendapat efek ‘monochrome’.
Hipster/ Jurugambar/ Designer
Industrial

Anda boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang kreatif dan inovatif. Hanya mereka yang mempunyai sisi kreatif sahaja boleh menghargai tema dekorasi yang nampak seperti bangunan tak siap ini. 

Tema ‘industrial’ adalah trend yang sedang hangat di Malaysia pada masa kini. Kebanyakan kedai hipster, rumah dan ofis menggunakan tema ini untuk dekorasi premis mereka. Tekstur batu bata, konkrit dan palet kayu menjadi pilihan penggemar tema ini. 

Untuk mendapatkan stail ini, kombinasi penggunaan batu bata sebagai hiasan dinding, permukaan konkrit dan guna pakai kayu lama adalah amat penting. Penggunaan besi dan kerja pendawaian elektrik terbuka juga menjadi salah satu elemen menarik dalam hiasan dalaman stail industrial ini.
‘Easy going’ 
Scandinavian
Ramai rakan anda mengenali anda sebagai seorang yang ‘simple’, tenang  dan mudah bergaul. Anda juga dikenali sebagai seorang yang tidak banyak ragam dan senang didekati. Dengan ini, stail Scandinavian amat sesuai untuk watak seperti anda.

Kombinasi perabot yang ‘simple’ dan tidak terlalu berlebihan, dan penggunaan warna yang terang seperti putih adalah perkara asas untuk tema ‘Scandinavian’. Perabot berasaskan kayu, lantai kayu dan penggunaan warna tona Scandinavian (pastel) sangat sesuai untuk rumah anda. Pada asasnya tema Scandinavian mementingkan warna terang supaya ruang rumah anda tampak luas dan kemas. 

Jadi anda sudah tahu stail apa yang sesuai untuk diri anda? DecoGuru boleh menjadikan impian anda menjadi kenyataan. Kami adalah konsultan dekorasi hartanah anda. Klik disini untuk sebutharga percuma !



Sumber Artikle > Blog Decoguru

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Video Consadole Sapporo 2-0 Urawa Reds, Chanathip Kucar Kacirkan Pertahanan Urawa

Video Podolski Jaringkan 2 Gol Dalam Penampilan Pertama Vissel Kobe