in

Kejuaraan liga akan mendorong kami dalam Piala Malaysia – Fazly Mazlan


Pemain pertahanan Johor DT berpendapat bahawa pasukannya perlu lebih fokus dan bersemangat untuk perlawanan suku akhir kedua mereka menentang Melaka United malam esok.

Pasukan Southern Tigers itu baru sahaja meraikan pencapaian mereka merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut dan Fazly berasa bahawa rakan sepasukannya akan lebih fokus terhadap Piala Malaysia selepas ini.

“Walaupun kami pernah tewaskan pasukan itu 7-0 pada saingan Liga Super, 9 April lalu namun itu cerita lama dan mungkin mereka akan turun lebih bersemangat untuk menidakkan usaha Johor DT memburu kemenangan dan mengintai peluang melakar kejutan ke atas kami,” ujar Fazly kepada Arena Metro.

“Berbekalkan semangat menjuarai saingan liga empat musim berturut-turut sudah tentu ia menjadi dorongan kuat kepada kami untuk beraksi dengan lebih mantap dan memburu kemenangan di laman sendiri.

“Malah kapten (Safiq Rahim) turut meminta kami ambil peluang memburu satu lagi piala iaitu Piala Malaysia dan kata-kata semangatnya ketika sambutan menjuarai liga di Dataran Bandaraya Johor Bahru, baru-baru menjadi kekuatan kepada kami,” tambah Fazly.

Johor DT mempunyai kelebihan 4-1 dari perlawanan suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat. Mampukah Melaka United mencipta kejutan di Johor Bahru malam esok?



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Zahirah MacWilson Tidak Tertekan Ganti Tempat Fathia

GST dan kos hidup tinggi bebankan pengguna, jejaskan peniaga