in

Kedah belum lagi terima lesen AFC


Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) belum menerima sebarang maklumat rasmi dari mana-mana pihak untuk mengesahkan bahawa pasukan itu sudah diberi lesen oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya baru sahaja menghantar segala dokumentasi yang diperlukan untuk dinilai Badan Rayuan (AB) pelesenan kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menyemak status rayuan permohonan berkenaan.

“Belum lagi… belum dapat surat (surat pemakluman mengenai kelulusan mendapatkan lesen AFC),” katanya mengulas status laman sosial Facebook Liga Super Malaysia yang menyatakan bahawa pasukan itu telah disahkan layak untuk beraksi pada Piala AFC 2018.

“Tetapi menurut apa yang saya diberitahu oleh sumber dalaman… peluang untuk Kedah mendapat lesen tersebut adalah amat tinggi,” katanya.

FAM sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan itu tidak lulus dalam permohonannya untuk mendapatkan lesen FAM untuk beraksi pada Liga Super, dan lesen AFC untuk beraksi pada kejohanan AFC 2018. Mengikut prosedur permohonan, FAM akan merekodkan pasukan yang layak atau tidak layak diberikan lesen kelab oleh FAM bagi perlawanan Liga Malaysia serta kejohanan AFC musim 2018, selepas AB bersidang dan menyemak status rayuan itu.

Selepas itu, barulah badan pelesenan kelab FAM akan memaklumkan kepada AFC status muktamad kelab-kelab Liga Malaysia yang melepasi syarat pelesenan kelab FAM/AFC. Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul juara Piala FA 2017.

Bagaimanapun, KFA perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen berkenaan memandangkan AFC mengubah peraturannya baru-baru ini, dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC mempunyai lesen kelab AFC bagi saingan musim 2018.

Setakat ini, hanya JDT yang mempunyai lesen kelab AFC daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia. – BERNAMA



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

‘Kalau Betul Fathia Latiff, Memang Bodoh La’ – Michael Ang

Polis kenalpasti 100 laluan tikus, kekang pelarian Rohingya