in

Kalau Nak Bibir Merah Berseri, Cuba Guna Skrub Kunyit Madu. Pasti Puas Hati Dengan Hasilnya!


Masalah bibir pecah dan kering sering dihadapi oleh wanita. Situasi ini menyebabkan anda menjadi runsing dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Keadaan menjadi bertambah teruk apabila bibir yang kering disapu dengan lipstick. Kadangkala, bahan yang terkandung di dalam lipstick tersebut tidak elok untuk kesihatan bibir. Namun segala masalah ini boleh diselesaikan.

Seperti yang dikongsikan oleh Afieyza Aleeschaylee, skrub bibir kunyit madu boleh membantu untuk mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi serta membantu menghadapi masalah bibir yang kering dan luka. Ternyata cara tradisional lebih selamat untuk menyihatkan bibir.

BAHAN-BAHAN:

CARA-CARA:

  1. Masukkan kunyit yang telah ditumbuk ke dalam mangkuk yang dipenuhi madu.
  2. Kemudian, kacau kunyit dan madu tersebut hingga sebati.
  3. Setelah sebati, sapukan ia pada bibir.
  4. Biarkan ia kering selama 10 minit.
  5. Setelah kering, gosokkan campuran tadi pada bibir.
  6. Akhir sekali, bilas hingga bersih.

KHASIAT KUNYIT PADA BIBIR

  • Kandungan antiseptik dan anti bakteria semula jadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka.
  • Kunyit juga kaya dengan vitamin C semula jadi yang mampu memberikan tona untuk bibir kehitaman.
  • Kunyit juga mengandungi anti-inflamasi yang membantu mengurangkan kehitaman pada bibir.

KHASIAT MADU PADA BIBIR

  • Membantu memberi tona dan memerahkan bibir secara semula jadi.
  • Mengubati bibir yang kering, rosak, pecah dan hitam.
  • Melembapkan bibir.

TIP TAMBAHAN:

  • Jangan terlalu kerap menjilat bibir kerana ia akan membuatkan bibir bertambah kering.
  • Minum air secukupnya. Bukan sahaja baik untuk bibir, malah ia baik untuk kulit.

Sumber: Facebook Afieyza Aleeschaylee

Tinggalkan Komen



Sumber > Hijabista > Dapatkan sekarang majalah HIJABISTA di kedai-dedai buku berhampiran.

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Wisma Putra haramkan rakyat Malaysia ke Korea Utara

Selepas Kemalangan, Anak Kesayangannya LUMPUH & CACAT KEKAL. Sebak Dengar Luahan Ibu Ini Yang Rindukan Suara Anaknya!