in

Juara bertahan, Chelsea dimalukan oleh Burnley di halaman sendiri


Chelsea mengalami kekalahan mengejut apabila tumbang 3-2 kepada Burnley pada aksi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baru di laman sendiri, Stamford Bridge.

Turun ke padang selaku penyandang juara, Chelsea bermula dengan langkah kiri apabila terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-14 apabila Gary Cahill dilayangkan kad merah susulan kekasaran ke atas Steven Defour.

Burnley tidak menunggu lama untuk mendahului tuan rumah menerusi jaringan Sam Vokes pada minit ke-24, sebelum Stephen Ward menggandakan kedudukan pada minit ke-39.

Burnley semakin selesa di hadapan apabila meledak gol ketiga menerusi Vokes yang menanduk masuk bola sepakan sudut oleh Steven Defour, dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Tampil pada babak kedua dengan kurang seorang pemain, Chelsea berjaya merapatkan kedudukan apabila Alvaro Morata menyumbat gol pertama pada minit ke-69.

Begitupun, kedudukan skuad bimbingan Antonio Conte itu bertambah parah selepas tonggak tengah, Cesc Fabregas dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Jack Cork pada minit ke-81.

Kekurangan itu begitupun tidak menghalang Chelsea daripada menjaringkan gol kedua menerusi David Luiz, namun gol penyamaan yang dinanti-nantikan gagal dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup.

Kekalahan adalah yang kedua buat Chelsea dalam tempoh dua minggu selepas tewas kepada Arsenal pada aksi Perisai Komuniti sebelum ini. – AFP



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Zidane sambung kontrak baharu dengan Real Madrid

Lukaku akan menjadi lukamu jua..