in

Geng ‘susu kangkang’ tumpas, 5 ditahan

Dua lelaki dan 3 wanita warga tempatan dipercayai giat melakukan kegiatan itu di sekitar Petaling Jaya dan kawasan lain di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Lima anggota geng “susu kangkang” yang disyaki terlibat dalam 30 kes mencuri susu tepung berjenama, ditahan polis di sebuah kedai serbaneka di Dataran Sunway Kota Damansara, Petaling Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun, ditahan ketika cuba melakukan kegiatan mencuri susu tepung di premis berkenaan pada 6.55 petang.

Menurutnya, suspek yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita warga tempatan dipercayai giat melakukan kegiatan itu di sekitar Petaling Jaya dan kawasan lain di Lembah Klang.

“Modus operandi kumpulan itu adalah memasukkan kotak atau tin susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam pakaian yang diubah suai atau di dalam beg mereka sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, susu yang dicuri itu kemudian dijual di kedai di kawasan rumah kongsi atau kedai runcit tertentu.

Zani berkata, tangkapan berkenaan adalah susulan laporan mengenai kes samun melibatkan kumpulan itu di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, yang mengakibatkan seorang pengawal keselamatan dicederakan pada 20 Mei lepas.

Hasil siasatan mendapati semua suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara tahun lepas kerana melakukan jenayah sama.

Semua suspek direman 7 hari bermula 7 Jun bagi membantu siasatan.

 

www.freemalaysiatoday.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

May dapat bantuan Ireland Utara | Dunia

4 Punca Payudara Wanita Kendur