in

Ford Ranger XL Standard kini di Malaysia-RM83,588


Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah mengumumkan trak pikap Ford Ranger XL Standard kini telah tiba di Malaysia.

 

Untuk makluman, trak pikap ini ditawarkan pada harga RM83,588 di Semenanjung (harga atas jalan tanpa insurans) dan RM89,388 di Sabah dan Sarawak.

 

Ranger XL Standard ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu “Cool White dan “Meteor Grey”.

 

“Kami sangat teruja untuk menawarkan Ranger XL Standard kepada para pelanggan yang mencari tark pikap yang lasak, efisyen dengan harga berpatutan” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Hafiz.

 

Dengan keupayaan menakjubkan di dalam kelasnya, jentera ini mampu meredah air sehingga 800 mm dengan ruang tanah 230 mm.

Ford Ranger XL Standard

 

Ranger XL Standard dikuasakan oleh enjin diesel empat silinder 2.2L TDCi yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 125PS dan tork 320Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan bersama sistem pacuan empat roda (ESOF).

 

Selain digelar sebagai trak pikap yang gagah, ia turut menawarkan ciri keselamatan seperti dua beg udara di bahagian hadapan, penahan kepala serta “3-point safety belts” di semua lima kerusi.

 

Teknologi dan ciri utama lain yang ditawarkan:

  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Sensor mengundur
  • Remote keyless entry
  • Pemijak Sisi
  • Rear Cargo Load Rest
  • Inner and Outer Truck Bed Tie Downs

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari https://www.sdacford.com.my/  atau hubungi 1300 38 3181.

 



Sumber > Careta.my

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Aaronators FC Sumbang Derma Pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Skully Helmet Mendapat Pelabur yang Baru Berikutan Kemuflisan Mereka Pada Tahun Lalu