in

Filem Ghost-Danur: I Can See Them Buat Anda Tak Tidur Malam!

rotikaya.com

Filem yang bergenre seram atau horror berjudul “Ghost-Danur: I Can See Them” merupakan filem dari Indonesia yang telah diarahkan oleh Awi Suryadi telah mencapai kutipan yang agak tinggi di Indonesia selepas filem Syurga Yang Tak Dirindukan

Di adaptasikan dari Novel ‘Gerbang Dialog Danur’ hasil karya Risa Saraswati dan turut memaparkan kisah benar dalam novel tersebut. Difahamkan penulis ini sejak kecil telah bersahabat dengan makhluk-makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Kisah ini bermula dengan Risa (Prilly Latuconsina) yang sudah bersahabat dengan hantu sejak masih kecil lagi. Melihatkan perwatakan aneh anaknya, ibu kepada Risa mula berasa pelik dan menyedari bahawa anaknya itu berkawan dengan hantu. Dengan bantuan rakan ibunya, Risa terpaksa keluar dari rumahnya.

9 tahun kemudian, Risa kembali semula ke rumah itu bersama adiknya, Riri. Kejadian-kejadian aneh mula berlaku di dalam rumah tersebut. Kemuncak penceritaan filem ini apabila Risa harus menyelamatkan adiknya, Riri yang telah hilang diculik oleh makhluk jahat yang telah merancang untuk membawa Riri ke dunia lain.

Bagi peminat-peminat filem bergenre seram, inilah masanya untuk anda menonton filem Ghost-Danur: I Can See Them kerana jalan penceritaanya yang menarik dan membuatkan penonton berdebar-debar di sepanjang 88 minit filem ini ditayangkan.

Filem ini akan dijangka ditayangkan pada 4 Mei 2017 di seluruh pawagam tanah air.

www.rotikaya.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Pulau Pinang ada 3 kerusi ‘merbahaya’, kata Guan Eng

‘Throwback’ Cabaran Kaki Tinggi Nidzam Adha Pada Tahun 1993