in

Eyka Farhana Dituduh Buat Video Lucah


Baru-baru ini kecoh mengatakan nama pelakon Juvana telah terlibat dalam satu video klip lucah yang dikongsi melalui laman YouTube sejak Julai Lalu.

Namun, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menafikan dan  telah memuatnaik entri terbaru di laman instagram miliknya dengan menulis berang dengan kejadian penyebaran video klip tersebut.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.

 

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak. Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya.

 

“Jika tidak pihak pengurusan saya @mindorder tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih. @mindorder @efshouters_” Tulisnya di Instagram miliknya.

Apa yang membuatnya bertambah berang apabila video lucah yang mirip wajahnya itu ditulis dengan namanya.

Tambah Eyka dia hanya menyedari video itu apabila ditanya beberapa rakan yang ingin mengetahui kesahihan perkara tersebut. 

Eyka yang ditemu bual sebuah portal online untuk mengulas mengenai video lucah itu berkata wanita itu bukanlah dirinya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya kepada sebuah portal online.

Video yang dimuatnaik Julai lalu telah ditonton lebih 11,000 tontonan setakat ini.

Eyka juga berkata perkara ini telah mencalarkan maruahnya dan keluarga, lebih-lebih lagi dia dan keluarga masih bersedih dengan kehilangan kakaknya pada 23 Ogos yang lalu.

BACA JUGA> Kakak Eyka Farhana Meninggal Dunia

“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Eyka berkata akan membuat laporan polis buat masa yang terdekat berhubung video itu.

Sumber : mstar, Instagram Eyka Farhana

Apa Kata Anda



Sumber > Media Hiburan

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Harley-Davidson Malaysia Akan Diurus Oleh Sebuah Syarikat Baru Yang Mengujakan!

Motosikal Ducati naik harga bulan depan, syukur bukan di Malaysia