in

Dekorasi apartment di Damansara Perdana dengan kos hanya RM10,000.


Selalu kita cakap ‘seronoknya kalau ada rumah cantik, tapi mahal la nak buat semua tu, kalau buat sendiri nanti tak sempat pulak. Dah bertangguh nanti, tak tahu bila nak sambung’.
Pernahkan? Ya itulah yang terlintas di kepala tuan rumah ini. Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, beliau menggunakan servis Decoguru untuk menghiasa rumah beliau. 
Rumah beliau terletak di Damansara Perdana yang memang padat dengan ofis dan kawasan perniagaan atau lebih senang, berdekatan dengan IKEA Damansara. Selari dengan lokasinya yang boleh dikatakan ‘business driven area’, Decoguru menggunakan pendekatan ‘modern minimalist’ sesuai dengan latar belakang tuan rumah dan juga sesuai untuk bakal penyewa lain di masa hadapan.

1) Di ruang tamu pada asalnya terdapat 2 set 3-seater sofa yang mana amat tidak sesuai untuk ruang tamu. Begitu juga susunan perabot yang asal adalah tidak mesra tetamu.
Decoguru telah mengekalkan 1 saja 3-seater sofa dan menukar alas sofa dengan warna yang lebih ‘contrast’. Boleh juga dilihat tambahan kerusi yang berlainan jenis untuk memberi karakter kepada ruang tamu ini. Gaya susunan wallpaper yang ‘random’ dan pemilihan warna ‘denim blue’ juga amat penting supaya ruang ruang tamu beliau nampak lebih segar. 

2) Ruang TV rumah ini juga diberikan sentuhan baru melalui rekaan ‘wallpaper’ dan juga kombinasi para dinding yang rawak. Jika sebelum ini, tiada penegasan antara dinding dan para, Decoguru telah menggunakan wallpaper dan para yang berlainan warna supaya kawasan ini nampak lebih menarik. 

3) Decoguru juga telah menambah ‘breakfast bar’ diantara ruang makan dan ruang tamu. ‘Breakfast bar’ bertindak sebagai pembahagi diantara ruang makan dan ruang tamu. Ia juga akan memberi impresi rumah modern dan eksklusif kepada penghuni rumah.

4) Percaya atau tidak, rekaan bilik tidur yang cantik amat penting untuk mengekalkan motivasi anda kerana ia adalah ruang pertama yang anda akan nampak apabila bangun sahaja dari tidur setelah penat bekerja semalaman.
Decoguru cuba memberikan kelainan dengan menggunakan bantal dan alas tilam bertemakan ‘chevron’ dan tambahan ‘wallpaper’ pada kepala katil sebagai elemen ‘contrast’. Rekabentuk ‘reading light’ dan susunan para juga amat sesuai dengan minat beliau yang suka membaca sebelum tidur.
Dengan bajet serendah rm10,000 sahaja, beliau telah berjaya menaiktaraf ruang utama rumah beliau

( living room,dining room, master bedroom, breakfast area dan hallway) 

dengan cepat dan berkualiti. Semua kerja ini dilakukan oleh Decoguru hanya mengambil masa kurang dari 2 minggu sahaja tetapi hasilnya amatlah memuaskan. 

Pesanan dari Decoguru : "untuk mendapatkan ruang dalaman idaman, anda tidak perlu berbelanja dengan keterlaluan. Pendekatan ‘low cost high impact design’ kami adalah bukti kebenaran statement tadi".
Sebelum dan selepas



Sumber Artikle > Blog Decoguru

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

MB Terengganu lawat Saleem | Hiburan

Fattah nasihat peminat ‘over’ | Hiburan