in

Bihun Tomyam Campur Super Kaw!

Pedas masam secukup rasa. Memang terbaik! Bihun boleh juga digantikan dengan kuetiaw.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bihun | dicelur
  • 10 ekor udang besar | dibelah dua
  • 10 biji cili padi | diketuk
  • 200gm bawang besar | dihiris
  • 200gm sotong | dihiris
  • 200gm isi ayam | dihiris
  • 200gm tomato | dihiris
  • 4 helai daun limau purut | dikoyak
  • 2 batang serai | diketuk
  • 6 sudu makan pes tomyam
  • 4 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 200gm lobak merah | dihiris
  • 200gm bunga kubis | dipotong kecil
  • 200gm putik jagung |dibelah dua
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air bersama pes tomyam dan bawang besar.
  2. Selepas itu masukkan cili padi, daun limau purut, jus limau, serai, bunga kubis, lobak merah, putik jagung, udang, isi ayam, tomato dan sotong.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan ambil sedikit bihun ke dalam mangkuk.
  5. Tuangkan kuah ke atasnya. Sedia dinikmati.

Sumber > Majalah Rasa

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Bajet RM3 Ribu Buat Pasangan Baru Kahwin Yang Nak Masuk Rumah Sendiri. Apa Yang Perlu Ada? 

6 Perkara Yang Mungkin Terjadi Pada Handphone Jika Korang Update IOS 11 Guna Wifi