in

Bagaimana SNBJ Boleh Anjur Perhimpunan Besar Tanpa Jejas Kualiti Padang

semuanyabola.com

 

Peminat bola sepak tempatan mengamuk selepas gambar padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang digunakan untuk Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO tersebar luas di media sosial.

Gambar yang memaparkan aktiviti perhimpunan tersebut di atas padang nyata mengundang kemarahan peminat bola sepak tempatan yang mendakwa kualiti padang akan terjejas.

Betulkah rumput padang SNBJ akan terjejas apabila ada aktiviti-bukan-bola-sepak dianjurkan di padang tersebut?

SNBJ baru dinaik taraf

Sebagai rekod, kemudahan stadium dan padang SNBJ ini baru dinaik taraf untuk kegunaan Sukan SEA KL2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017.

Rata-rata peminat sukan tempatan memuji kerja naik taraf SNBJ yang nampak moden. Peminat bola sepak tempatan pula jatuh cinta pandang pertama dengan rupa dan kualiti kerja penyelenggaraan padang SNBJ.

Pada pertengahan Mac 2017 lepas, Khairy mengumumkan padang SNBJ akan dirasmikan oleh kelab-kelab bola sepak komuniti (amatur). Kelab-kelab ini dipilih berdasarkan kekreatifan video permohonan mereka.

Tetapi sejurus selepas kerja naik taraf SNBJ telah siap, media tempatan melaporkan Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO pula akan merasmikan kemudahan SNBJ pula.

Semua orang tahu, orang Malaysia memang garang di media sosial. Perhimpunan UMNO ini dikritik kerana akan merosakkan padang SNBJ.

Tetapi apa yang mereka tak tahu adalah, penganjuran aktiviti-bukan-bola-sepak di padang stadium adalah amalan normal dan dilakukan oleh stadium-stadium besar di seluruh dunia. Dan ianya boleh dilakukan – hasil teknologi Terraplas Cover.

Apa itu Terraplas?

Terraplas cover adalah teknologi perlindungan rumput padang yang diasaskan oleh Linebacker UK Ltd, sebuah syarikat UK pada 1991. Pada mulanya syarikat ini mencipta Terraplas untuk Wembley Stadium. Tetapi kini, teknologi telah diperluaskan hingga ke seluruh dunia.

Bagaimana Terraplas melindungi rumput padang?

Terraplas diperbuat daripada plastik high-density polyethylene (HDPE) yang kuat dan tahan lasak. Ini membolehkan Terraplas untuk menahan beban yang banyak tanpa merosakkan rumput.

Apabila anda meletakkan satu permukaan tertutup di atas rumput, anda perlu pastikan permukaan tersebut mempunyai ruang pengudaraan (untuk respirasi rumput) dan membenarkan cahaya matahari masuk (untuk fotosintesis rumput).

Seperti tumbuhan lain, rumput juga perlukan air. Jika rumput ditutup oleh Terraplas, bagaimana rumput mendapat air?

Semasa siang, haba cahaya matahari akan masuk melepasi Terraplas dan menarik kelembapan dari tanah untuk membentuk kanopi kelembapan di permukaan dalam Terraplas.

Pada waktu malam, kanopi kelembapan ini akan terkodensasi dan meresap ke tanah semula. Jadi rumput yang dilitupi Terraplas tak memerlukan air dari sumber luar. Inilah yang mengekalkan kesihatan rumput padang.

Mengapa buat perhimpunan di padang stadium?

Seperti yang anda tahu, perbelanjaan membina stadium memakan belanja yang sangat besar dan mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap ‘break-even’.

Jadi pemilik stadium perlu kreatif untuk memaksimakan pendapatan stadium. Dan salah satu caranya adalah menganjurkan aktiviti-bukan-bola-sepak seperti perhimpunan agama, perhimpunan politik, acara sosial dan konsert.

Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO contohnya, telah memberi pendapatan sebanyak RM200,000 kepada pemilik SNBJ iaitu Perbadanan Stadium Malaysia melalui sewaan.

Testimoni kejayaan Terraplas

1. Stadium Nasional Bukit Jalil

Sebelum (Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO)

Selepas 1 hari

2. Stade des Alpes, Perancis

Sebelum (Konsert David Guetta)

Selepas 2 hari (Winter Games)

3. NSC Olimpiyskiy, Ukraine

Sebelum (Konsert Depeche Mode)

Selepas 1 hari (Dynamo Kyiv vs Zenit St. Petersburg)

Padang SNBJ bakal dirasmikan 6 pasukan bola sepak komuniti

Pada 19 Mei 2017 ini, sebanyak 6 pasukan bola sepak komuniti (peringkat amatur) akan diberi peluang bermain di padang SNBJ. Ini adalah untuk menguji persiapan SNBJ sebagai venue acara bola sepak dalam Sukan SEA KL2017 nanti.

6 pasukan bola sepak komuniti tersebut adalah:

  • Shah Alam Antlers
  • BNM FC
  • PEMANIS FC
  • Subang City FC
  • Majidee83 FC
  • Kelab Bolasepak Kupang

Secara tak langsung, 6 kelab bola sepak komuniti ini telah diberikan penghormatan untuk ‘merasmikan’ padang SNBJ. Ia adalah inisiatif yang sangat baik untuk meraikan bola sepak peringkat amatur di Malaysia.

semuanyabola.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leoncino 500 Taruhan Terbaharu Benelli – MYNEWSHUB

Pemain Skuad Kedah Bertarung Dalam Acara Bola Tampar Pantai