in

Aeril Zafrel ‘Bawa Uber’ Tanpa Permit, Kena Tegur Dengan SPAD


Sebut sahaja nama pelakon lelaki, Aeril Zafrel pasti semua kenal dengan pelakon ini yang sering membuat video-video romantik dengan iringan lagu hindustan bersama isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal.

Kali ini bukan cerita tentang video romantik mereka yang ingin diceritakan tapi baru-baru ini Aeril ada memuatnaik satu gambar di akaun twitternya yang melihatkan dirinya di dalam sebuah kereta sedang duduk di kerusi pemandu sambil tangannya memegang stereng kereta.

Di ruangan kapsyen gambar tersebut Aeril menulis,

“Need uber?? Call me,” tulisnya.

Rata-rata daripada peminatnya semua teruja dengan tweet Aeril ini dan tahu dia hanya bergurau tentang kononnya dia menjadi pemandu Uber.

Namun begitu, ada seorang individu yang mengambil serius dengan apa yang dikongsikan oleh Aeril ini dan retweet semula perkongsian Aeril serta mengadu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Rentetan daripada aduan tersebut, Aeril telah ditegur oleh pihak SPAD bahawa tindakan boleh diambil terhadap Aeril jika tiada permit.

“Tindakan blh di ambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit. TK,” teguran daripada pihak SPAD.

Ada segelintir daripada peminat Aeril yang menjawab teguran tersebut dengan mengatakan bahawa Aeril hanya bergurau dan pihak SPAD sudah tersalah faham dengan gurauan pelakon tersebut.

Namun pihak SPAD menjawab kembali dengan serius bahawa mereka tahu tentang gurauan itu tetapi kenyataan yang dikeluarkan Aeril itu masih sah.

Dalam pada itu, peminat-peminat Aeril yang tahu bahawa pelakon ini bergurau terus melayan gurauan Aeril ini.

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Apa Kata Anda



Sumber > Media Hiburan

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Kediaman Nampak Segar & Bernafas, Ini MANFAAT TANAMAN HIJAU Jika Dijadikan Hiasan Dalam Rumah Anda

Rupa Terung Memang Hodoh Tapi Khasiatnya Mampu Atasi Masalah ‘Memory Lost’. Baca Penjelasan Doktor Ini!