in

Adib Zainuddin jadi sasaran untuk tiga kelab Liga Super & Premier


Malaysia Captain, Adib Zainudin during Group H 2018 AFC U-23 Championship Qualifiers press conference at Al Meroz Hotel on 18 July 2017. Photo by Nur Ridzuan / www.asiana.my

Kapten pasukan Malaysia B22, Adib Zainuddin mendedahkan bahawa tiga kelab dari Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menandatangani beliau untuk musim 2018.

Adib, yang memainkan peranan besar dalam skuad Datuk Ong Kim Swee ketika pusingan kelayakan untuk Kejuaraan AFC Bawah 23 tahun, dan juga Sukan SEA pada bulan lepas, juga berkata bahawa dia berhasrat untuk berhijrah ke liga luar negara, sekiranya peluang tersebut muncul.

“Perbincangan kini sedang dijalankan bagaimanapun tiada lagi hitam putih dan keputusan penuh antara saya dan kelab itu,” kata Adib kepada Harian Metro.

“Sekiranya ada tawaran dari kelab luar seperti dari Thailand atau Indonesia saya pasti akan terima, ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga jika dapat bermain di luar negara.”

Sebelum ini, beberapa pemain Malaysia yang memasuki final Sukan SEA dikatakan menjadi ‘target’ untuk beberapa pasukan luar negara. Pemain-pemain tersebut adalah Adam Nor Azlin, Thanabalan, Syamer Kutty, Jafri Firdaus, Nor Azam Azih, serta Adib Zainuddin.



www.football-tribe.com

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Krisdayanti Dikecam Bela Anjing – Media Hiburan

Lelaki mohon maaf guna perkataan kasar dalam protes di kuil