• in

    7,820 Orang Malaysia Kena Kanser, Sakit Jiwa Kerana Pekerjaan Dan Orang Penang Paling Tinggi, Betul Ke ?

    Beban dan tanggungjawab besar dalam pekerjaan kadangkala membuatkan kita terlupa untuk menguruskan hal diri sendiri. Begitu juga, kerana terlalu mengejar kerjaya dalam dunia yang penuh dengan kehendak, kita semakin alpa terhadap perkara yang lebih penting iaitu menjaga kesihatan diri.

    Jika kita berterusan mengorbankan kesihatan untuk pekerjaan, apakah pulangan sebenar kepada diri dan keluarga pada akhirnya?

    Kesihatan terjejas dan merosot, hubungan dengan keluarga pula berpotensi renggang sehinggakan kata orang, banyak duit pun tiada gunanya. Namun, tahukah anda apakah jenis pekerjaaan yang menyumbang kepada tahap kesihatan yang merosot dan berbahaya kepada kita semua?

    7,820 KES PENYAKIT DISEBABKAN PEKERJAAN 

    Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 7,820 kes penyakit dan keracunan pekerjaan dilaporkan ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan pada tahun lalu berbanding 5,960 kes pada tahun 2015.

    Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,656 kes (34.0 peratus), Selangor 1,125 kes (14.3 peratus) dan Sabah 854 kes (10.9 peratus. Sebanyak 3,860 kes itu disahkan sebagai penyakit dan keracunan pekerjaan. 

    Sebanyak 2,876 daripada kes penyakit pekerjaan itu disahkan sebagai gangguan pendengaran akibat bunyi bising (kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, kecacatan pendengaran dan anjakan ambang standard kekal).

    Gangguan pendengaran masih merupakan penyakit pekerjaan yang sering dialami pekerja iaitu sebanyak 74.5 peratus berbanding dengan penyakit-penyakit lain.

    Ini diikuti oleh penyakit ‘musculoskeletal’ melibatkan kecederaan pada otot, leher dan belakang badan iaitu sebanyak 173 kes (4.5 peratus) dan penyakit paru-paru sebanyak 98 kes (2.5 peratus).

    Bagaimanapun, tiada kes kanser akibat pekerjaan atau masalah psiko-sosial (emosi dan tingkahlaku) yang disahkan pada tahun 2016.

    KES PENYAKIT MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN

    Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan pada tahun lalu mendedahkan bahawa sektor pembuatan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan seperti berikut:

    Sektor pembuatan sebanyak 3,298 kes (85.4 peratus)

    Sektor kemudahan sebanyak 227 kes (5.8 peratus)

    Sektor awam sebanyak 158 kes (4.1 peratus)

    Berdasarkan statistik itu, sebanyak 0.4 peratus daripada kes tersebut membabitkan pekerja berusia bawah 20 tahun, usia antara 20 sehingga 29 tahun (19.7 peratus) dan 30 sehingga 39 tahun (29.6 peratus).

    Pekerja berusia antara 40 hingga 49 tahun (26.3 peratus), usia antara 50 sehingga 29 tahun (21.6 peratus), usia 60 hingga 69 tahun (2.3 peratus) dan usia lebih 70 tahun (0.2 peratus)

    Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan mendedahkan bahawa sektor perkilangan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada tahun 2016. 

    LIMA JENIS BAHAYA DI TEMPAT KERJA

    Mungkin tidak ramai pekerja sedar mengenai sesuatu perkara atau keadaan sekeliling yang boleh menjadi bahaya sehingga menjejaskan kesihatan. Terdapat lima jenis bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang di tempat kerja:

    Kimia contohnya bahan alkali, bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun

    Fizikal seperti kebisingan, getaran, radiasi, suhu panas, suhu sejuk,aliran elektrik dan tekanan berlebihan

    Biologi iaitu bakteria, virus, serangga, hama dan gigitan nyamuk

    Ergonomik merujuk tugas berat menggunakan tangan, keadaan badan yang kekok atau tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang secara kerap

    Psikososial cenderung kepada tekanan kerja, beban kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu malam.

    Antara impak negatif terhadap peningkatan insiden penyakit akibat pekerjaan seperti yang dilaporkan statistik tersebut antaranya:

    Pekerja hilang pendapatan dan terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan

    Majikan kehilangan pekerja yang produktif

    Peningkatan pembayaran pampasan penyakit kepada pekerja oleh majikan

    Penurunan produktiviti syarikat dan juga ekonomi negara.

     

    Rojak Daily

  • in

    Bersanding Tema ‘Back To School’ Dari Pengantin Sampai la Kepada Semua Family Pakai Baju Sekolah, Memang Sporting Giler!

    Wedding bertemakan “back to school”. Dari pengantin sampai la kepada semua family pakai baju sekolah. Sporting habis, sempoi je.

    < Banyak komen-komen dari netizen yang memuji konsep perkahwinan pasangan ini.

    Safura Pelangi: Power ahhh 🤣 ! Salute .. Bonding family betoi2 baikklah tp please jaga aurat 😅pakai Bj kurung dan bertudung jgnla senteng lengan Bj mcm pakai T-shirt nk basuh pinggan dek 😅😅 sporting2 jgk haha btw untuk pengantin sy doakan ” barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fil khoir” aminn 😋

    Intan-Lyinn Ikichi: Macam main kawen2 masa zaman sekolah.. pastu.. yg kenduri bagai tu cam hari kantin.. hahaha.. ada org jual air.. makan2.. rindu pulak zaman sekolah.. 😘😘..

    Zaman skrg dh lain skrg.. bila berkahwin tak semestinya bersongket, berkeris bagai dah.. ikut creativiti memasing.. ini cara pasangan nk igt tentang hari bahagia diaorg.. it’s up to them laa..

    Yg penting.. akadnya.. yg lain2 ni.. x wajib pun…semoga psgn bahagia di bawah rahmat Allah Taala..

    Sarip Derr: Bagi aku, ini adalah ‘wedding of the year’. Lain dari orang lain. Sempoi sporting habeh semua. Save bajet.

    Nur Hanysha Hassan: Comelnya pengantin. Tahniah ye. Famili pun sporting habis.

    Hamid Hasan: Comel sangat! Tahniah kepada pengantin.

    Rindiani Irfan: Dah tak nampak kenduri kahwin. Macam reunion sekolah dah. Masa ni, mak budak nampak macam zaman anak dara nak ambil SPM.

    Nur Aisyah Man: Fuh comelnya. Macam ni jimat baju. Tak payah susah nak cari. Macam ni pun okay. Tutup aurat lagi. Bersih, semua macam budak-budak sekolah. Geng kahwin budak sekolah.

    Dalam banyak-banyak komen ada juga yang memberikan komen yang bertentangan.

    Cik Puan Hanani: Maaf tak tuju kat pasangan ni pon ye.. Cuma Kadang-kadang macam terpikir orang sekarang ni semua nak yang lain dari lain sebab nakkan viral semata-mata ke guane? Sebab banyak je tengok pengantin-pengantin sekarag pakai macam-macam jenis pakaian yang di luar dari pakaian tradisi perkahwinan (pada hari bersanding/naik pelamin) Pakaian pengantin yang sebenar makin lama makin dilupakan nak-nak yang jenis songket-songket dulu kan.. Huhu..

    Nanti-nanti mesti anak-anak zaman akan datag pon tak tau pakaian pengantin yang lama-lama dulu mcm mana.

    Apepon saya tak kecam ye.. Saya suka je tengok.. Nampak comel nak-nak lagi pasangan pengantin atas ni.. selamat pengantin baru


    Zaman keadaan ekonomi yang tidak menentukan ini adalah lebih baik tidak berlebih-lebihan dalam perbelanjaan perkahwinan.

    Sumber: Facebook Saja Share/Suhada Rahman

  • in

    ‘Dia Bukan Ayahanda’ – Jangan Kaitan Boy Iman dengan PEKIDA

    Dua hari lalu, polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman bagi membantu siasatan penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta. Beliau kemudian dibebaskan namun ditahan semula untuk membantu siasatan lanjut.

    Susulan kes ini, ramai yang mengaitkannya dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) kerana Boy Iman pernah mengaku dirinya ‘ayahanda’. Ini respon Pengerusi Perhubungan PEKIDA, Rohaida Roslan.

    Foto Kredit : My Metro

    Menurut laporan My Metro, Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes. Suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi tadi. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’ Iza Mohamed.

    Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan tidak mahu Boy Iman dikaitkan dengan pertubuhan itu kerana dia tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda seperti yang digembar gemburkan.

    Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA

    Ketika serbuan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mereka merampas pelbagai sijil termasuklah watikah pelantikan Boy Iman sebagai Ayahanda di Cheras.

    Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman

    Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC). Datuk Abdul Halim Ali selaku Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) menganggap tindakan Boy Iman itu memalukan.

    Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya.

    sumber : Harian Metro / OhBulan

    BERITA TERDAHULU , disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 

    Boy Iman kena tahan


    POLIS menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

    “Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

    “Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Acryl Sani berkata, susulan daripada itu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang semalam.

    “Turut ditahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

    “Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,”katanya.

    Katanya, berdasarkan penelitian yang dilakukan polis didapati sindiket penipuan semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

    “Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya.

    “Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat,” katanya.

    Menurut Acryl Sani, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Sumber:hmetro

  • in

    Biar Betul Ni ? Ada Cubaan Singkir Presiden FAM, kata TMJ

    JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan terdapat cubaan beberapa exco dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cuba menyingkirnya daripada jawatan presiden FAM.

    Usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya, kata Tunku Ismail.

    TMJ menegaskan usaha-usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya dalam soal menguruskan hal bola sepak negara.

    “Sebagai presiden, saya tahu benda ini tengah berlaku tetapi selagi saya berada dalam FAM, jangan haraplah,” tegas TMJ kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.

    Tunku Ismail menegaskan usaha menyingkirkan beberapa individu dalam pucuk kepimpinan tertinggi bola sepak Malaysia itu, tidak hanya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam, malah turut dihadapinya sendiri.

    TMJ berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat cubaan untuk menyingkirkan Kevin Ramalingam daripada FMLLP, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail bertitah beberapa penstrukturan akan dilakukan dalam kelab JDT tahun depan.

    Penstrukturan ini termasuk melantik bekas pemain pasukan itu Luciano Figueroa sebagai duta kelab dan duta hubungan antarabangsa selain menjadikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani sebagai Pengerusi Yayasan JDT.

    Tunku Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Ismail Karim, Alistair Edwards dan Martin J Hugo Prest pula, masing-masing kekal sebagai presiden Kelab JDT, presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pengarah teknikal JDT dan pengarah sukan JDT.

    TMJ bertitah penstrukturan itu akan membolehkan JDT mendapat lebih banyak penajaan daripada syarikat-syarikat antarabangsa serta mencatat bukan sekadar pencapaian di atas padang, malah di luar padang.

    Mengenai pemain import baharu pada musim depan, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT bertitah seorang atau 2 pemain dijangka dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.

    www.freemalaysiatoday.com

  • in

    Al-Fatihah, Perginya Seorang Tokoh Wanita Yang Menjadi Idola Kaum Hawa Datuk Maznah Hamid “Iron Lady”

    KUALA LUMPUR: Rabu, 6 petang, Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang menjadi idola ramai kaum hawa tidak kira usia.

    Dikenali sebagai Iron Lady, Datuk Dr Maznah Hamid, 62, menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan mengalami komplikasi injap di bahagian jantung yang mengeras akibat kalsium yang berlebihan.

    Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd itu dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam Kedah.

    Dr Maznah ketika hayatnya gigih membuktikan peranan seorang wanita dalam dunia perniagaan dengan berusaha memajukan Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

    Sehingga kini, syarikat tersebut yang mempunyai 65 buah cawangan dengan lebih 6,000 kakitangan.

    Kejayaan Dr Maznah membanggakan ramai kaum hawa tidak kira apa bangsa sekalipun. Apatah lagi Syarikat Securiforce yang dikepalainya berjaya mereka cipta dan menghasilkan van kalis peluru.

    Ditangan wanita besi ini juga, Securiforce melebar luaskan perniagaan bukan terhad kepada static guard semata-mata tetapi turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high-tech cargo management, perkhidmatan armoured trucking, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep total security.

    Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.

    Lebih membanggakan, Allahyarham membangukan perniagaan tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat.

    Kini, tiada lagi sosok yang dikenali Iron Lady dan membanggakan ramai kaum wanita.

    Al-Fatihah.

    Sumber : Astroawani
    ——————————————————————————————————————————-

    Kenapa beliau digelar sebagai “The Iron Lady”, baca Latarbelakang Profil Datuk Wira Dr. Maznah Hamid dan korang akan dapat jawapannya.

    The Iron Lady Dengan Sentuhan Emas
    Datuk Wira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce . Beliau menubuhkan dan memimpin Securiforce dari satu entiti yang tidak diketahui 35 tahun yang lalu, untuk menjadi penyedia Keselamatan terbesar di Malaysia, berjaya meningkatkan lebih dari seratus syarikat persaingan lain yang serupa.

    Beliau memulakan perniagaannya dengan hanya RM5000 dari tabungannya berbanding syarikat lain yang serupa yang bermula dengan modal antara RM500,000 hingga RM1 juta. Beliau kini mengetuai hampir 65 cawangan dengan pekerja mencapai hampir 6000, beratus-ratus senjata api dan banyak kenderaan perisai. Perkhidmatan ini tidak hanya terhad kepada pengawal statik tetapi juga meliputi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak berperisai, serta pelbagai perkhidmatan lain. Securiforce menyediakan pakej keselamatan lengkap dan menyeluruh, merintis konsep ‘keselamatan total’.

    Hasil daripada dedikasi dan keupayaan pengurusannya, Securiforce kini telah membangun dan mempelbagaikan ke dalam banyak anak syarikat, berkembang dari kekuatan ke kekuatan.

    Salah satu contohnya adalah Danau Lumayan, sebuah Syarikat Pembangunan Harta yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras . Danau Lumayan telah menandatangani Perjanjian Bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membangunkan sebidang tanah yang terletak di Bandar Tun Razak. Danau Lumayan membina dan menjual kondominium eksklusif, penthouse, bangunan – (pejabat / lot kedai).

    Securiforce Group juga telah memperluaskan perkhidmatan mereka kepada pelanggan kami dengan menawarkan Logistik Global dan Perkhidmatan Rantaian Bekalan dengan penubuhan Securiforce Logistics yang ibu pejabat di Kuala Lumpur dan mengendalikan pejabat luar negara mereka di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Hong Kong, Korea, Turki. Syarikat itu juga telah mendaftarkan pejabat perwakilannya di Filipina, Jerman dan United Kingdom. Datuk Dr. Maznah juga mempunyai visi untuk mengadakan kerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang berpotensi di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan logistik kami di negara masing-masing.

    Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam kisah kejayaan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid ialah semua syarikatnya ditubuhkan dan berkembang dengan pesat tanpa sebarang bantuan dari institusi perbankan . Ini telah menimbulkan kekaguman dan rasa hormatnya daripada rakan sebaya serta pesaingnya. Falsafah kejayaan dan pencapaiannya dapat dilihat dengan kepercayaannya bahawa “modal utama dalam perniagaan adalah diri sendiri” .

    Dia membawa prinsip “kita harus menghasilkan beban kerja lebih daripada apa yang kita bayar, seperti pada akhirnya, kita akan dihargai lebih daripada apa yang telah kita lakukan” . Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan besar dalam kerjaya perniagaannya.

    Untuk kepimpinan beliau yang cemerlang dan keusahawanan yang cemerlang, beliau telah dijemput untuk memperkenalkan program motivasi di TV3 pada tahun 1990, di mana beliau telah dijadikan Penasihat Motivasi dan Penasihat Kejayaan di kedua-dua RTM dan TV3 . Oleh itu, kita sering mendengar suara akrabnya di radio, dan melihat penampilannya di televisyen.

    Beliau juga seorang Penasihat Motivasi Pembangunan Manusia, Pembangunan Perniagaan dan Penasihat Kejayaan di beberapa institut pengajian tinggi . Ketahanannya, ‘rasa berselera’, ‘kekekalan’ dan ‘daya mampan’ menjadi asetnya yang paling berharga. Dia terus berusaha untuk menanamkan kekuatan tersebut menerusi seminar “ZERO TO HERO” beliau dan “MENGENAI SPIRIT KEANGGOTAAN / INTRAPRENEURSHIP” . Melalui seminar ini, beliau berharap dapat membangkitkan semangat keusahawanan dalam setiap individu.

    Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN” (3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) dalam Bahasa Melayu / Mandarin, Siri 3K Mini dan Album Motivasi 3K berdasarkan prinsip, amalan dan pengalaman beliau, dalam usaha untuk berusaha cemerlang , keputusan yang kuat. Versi Bahasa Inggeris untuk buku 3K akan diterbitkan tidak lama lagi.

    Serta menjadi tokoh awam yang cemerlang, dia juga seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak. Datuk Wira Dr. Maznah adalah seorang wanita yang dinamik, dengan ciri-ciri yang teguh menjadi mantap, bersedia menghadapi risiko dan menerima cabaran. Beliau adalah model peranan negara, dikagumi dan dihormati sebagai usahawan yang berjaya, serta simbol kuasa perempuan.

    Al-Fatihah, sama-sama kitakan doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    Sumber : Securiforce.com

  • in

    7 Alasan Kenapa Perempuan Suka Lelaki Berjambang, No. 3 Tu Yang Meletop

    Setiap perempuan mempunyai taste yang berbeza terhadap personaliti seorang lelaki. Ada yang suka lelaki bermisai, berjanggut dan berjambang.

    Tapi tak semua perempuan gemar bila pasangan menyimpan jambang. Geli dan tak kemas katanya. Kalau korang jumpa perempuan yang suka lelaki berjambang tu kira rare la.

    Nak tahu juga sebab apa sebenarnya perempuan tertarik dengan lelaki berjambang ni. Jom ikuti kupasan daripada portal lelakisihat ini.

    1. Lebih bergaya

    Kalau korang tengok selebriti Hollywood yang berjambang seperti Ben Affleck, Keanu Reeves, George Clooney, Ryan Gosling, David Beckham, Justin Timberlake dan Brad Pitt, penampilan mereka sangat bergaya walaupun hanya menyarung t-shirt saja.

    2. Misteri

    Percaya atau tidak, tiada siapa pun yang boleh membaca emosi lelaki berjambang kerana wajah mereka terlindung. Apa yang pasti, lelaki berjambang memang sexayyyy!

    3. Tak pandai main alat muzik pun takpe wey

    Lelaki berjambang tak perlu mempunyai bakat untuk main alat muzik semata-mata nak curi hati perempuan. Acah-acah main gitar pun perempuan dah cair.

    4. Bijak

    Tak percaya? Cuba tengok tokoh-tokoh penting dan para ilmuan seperti Abraham Lincoln, Alexander Graham-Bell dan Leonardo Da Vinci, mereka semuanya berjambang. Hehe

    5. Lebih maskulin

    Perempuan suka jambang lelaki yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Bagi mereka, lelaki berjambang ni jauh lebih maskulin dan nampak gagah.

    6. Matang

    Kalau ada pasangan yang berjambang, cuba lihat gambar dia sebelum menyimpan jambang. Nampak macam budak sekolah tak? Jadi sebab itu perempuan suka lelaki yang berjambang. Baru nampak abang-abang sikit.

    Sumber: lelakisihat.com

    Sumber > Remaja

  • in

    Isu Dobi Muslim Sahaja, Ini Respon Mufti Wilayah Persekutuan – ‘Tidak Wajar Ada Diskriminasi’

    Telah viral di media sosial mengenai sebuah dobi di Negeri Johor yang hanya menerima muslim sebagai pelanggan. Papan tanda yang diletakkan di hadapan kedainya itu menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak kerana telah menyentuh isu sensitif. Sehinggakan Sultan Johor mengarahkan pemilik dobi untuk minta maaf.

    Pemilik dobi berkenaan telah memohon maaf dan akur dengan arahan Sultan Johor yang mahu konsep perniagaan dobi tersebut diubah.

    Pihak Mufti Wilayah Persekutuan di facebooknya ada mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan perkara ini. Marilah kita sama-sama memahami apa yang ingin disampaikan tuan Mufti yang boleh diambil sebagai pengajaran kepada kita semua.

    KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : ISU DOBI KHAS KEPADA MUSLIM SAHAJA

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

    Berkenaan dengan isu yang tular dalam media sosial seminggu dua ini perihal kewujudan perkhidmatan dobi yang dikhaskan kepada pelanggan yang beragama Islam sahaja, kami memahami hasrat dan matlamat baik yang hendak disampaikan oleh pengusaha dobi berkenaan.

    Namun, dalam konteks dan situasi kita di Malaysia yang hidup dengan berbilang bangsa atau masyarakat majmuk, sikap meraikan antara satu sama lain adalah penting dalam fiqh al-ta`ayusy. Bahkan dalam fiqh muamalat itu sendiri, asal suatu hukum itu adalah harus. Justeru, kami memandang tidak sewajarnya wujud bentuk diskriminasi bahkan diizinkan untuk sama menggunakannya. Ini menatijahkan perasaan yang tenang dalam masyarakat dan keharmonian yang hendak dicapai akan terhasil.

    Allah SWT memerintahkan di dalam al-Qur’an al-Karim kepada umat Islam supaya melakukan kebaikan kepada orang yang tidak seagama dengan mereka. Yang tidak membawa kepada kehinaan atau peperangan dan juga bencana. Demikian itu, selaras dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warganegara daripada semua agama dan juga semua warganegara yang bukan beragama Islam. Ini semua dibenarkan oleh firman Allah SWT:

    لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

    (Surah al-Mumtahanah : 8)

    Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

    Imam al-Tabari berkata: “Ini menunjukkan bahawa Allah SWT melarang kamu daripada memerangi orang yang tidak memerangi kamu disebabkan agama daripada setiap golongan, aliran dan agama. Dan hendaklah kita berbuat baik kepada mereka, menyambung silahturrahim dan berlaku adil kepada mereka.”

    Adapun firman Allah SWT “إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ” bermaksud sesungguhnya Allah SWT kasih golongan yang insaf (adil). Orang yang insaf ini adalah orang yang memberi hak dan keadilan terhadap diri mereka. Mereka juga membuat kebajikan kepada orang yang berbuat kebajikan kepada mereka dan juga berbuat baik kepada sesiapa yang berbuat baik kepada mereka.

    Berlaku baik adalah sifat yang tertinggi dalam bermuamalat (bergaul). Allah SWT telah di dalam bab bergaul dengan ibubapa. Nabi SAW telah menjelaskan di dalam sebuah hadith:

    Daripada al-Nawwas bin Sim’an RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

    الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ

    Maksudnya: “Berbuat kebajikan (baik) adalah sebaik-baik akhlak.”

    Riwayat Muslim (2553)

    Imam al-Qarafi menggambarkan atau memberi contoh berkaitan berbuat kebaikan dan kebajikan yang dilihat daripada ayat al-Qur’an di mana memerintahkan orang beragama Islam agar berlaku baik dan menghukum dengannya juga hubungan orang Islam dengan bukan Islam yang tidak memerangi mereka disebabkan agama dan tanah air. Maka beliau mengatakan:

    “Perkataan yang lembut terbina daripada kelembutan dan rahmat (kasih sayang) bukannya terbina daripada ketakutan dan penghinaan.”

    Rujuk al-Ta`ayusy Ma`a Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama` al-Muslim oleh Syeikh Munqidh bin Mahmud al-Saqqar

    Sesungguhnya dalam menempuh kehidupan, sifat kesatuan perlu diutamakan mengikut dawabit dan prinsip Islam. Kami mencadangkan kepada para pembaca kenyataan kami ini untuk merujuk kepada beberapa artikel kami yang terdahulu yang telah menerangkan isu membersihkan pakaian dengan mesin basuh:

    Al-Kafi #311 : Menyucikan Pakaian Dengan Mesin Basuh (https://goo.gl/oQECdS)

    Al-Kafi #303 : Menggunakan Perkakas Dapur Orang Bukan Islam (https://goo.gl/uG667j)

    Al-Kafi #31 : Mengasingkan Pakaian Bernajis Ketika Membasuh (https://goo.gl/egsj17)

    Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-200 : Cara Menyucikan Telefon Bimbit Yang Ditimpa Najis (https://goo.gl/7S2UjC)

    Semoga kenyataan ini mejadikan kita sentiasa berhemah dalam sebarang tindakan dan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah Taala:

    Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

    Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

    (Surah al-Hujurat: 13)

    Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.

    Rujuk al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil (4/374).

    Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan dan bukan hanya pada umat aqidah, sekalipun itu yang paling utama. Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara.

    Akhukum fillah,

    S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
    Mufti Wilayah Persekutuan,
    Selasa, 3 Oktober 2017M bersamaan 12 Muharram 1439H
    Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/pNhCGJ

  • in

    Angry Cry Cute Geeky LOL Love OMG WTF

    5 Tanda-Tanda Kematian Yang Diketahui Tapi Diabaikan Oleh Manusia

    Walaupun kematian iaitu satu perkara yang di rahsiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang ada tanda-tanda yang mungkin saja dapat kita ketahui. Namun, biasanya seseorang tidak dapat menyedarinya.

    Ayuh kita terlusuri tanda-tanda kematian itu terlebih dulu.

    40 hari terlebih dulu kematian

    Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat setelah masuk waktu asar, segi pusat dari tubuh kita bakal berdenyut. Itu tandanya bila daun yang terdaftar nama kita dari pohon yang ada di Arshy Allah swt. Sudah gugur.

    Setelah itu malaikat maut mengambil daun itu dan selekasnya bikin persiapan salah satunya mulai mengawasi kita setiap waktu. Dan sesekali malaikat maut menunjukkan dianya pada orang yang bakal dicabut nyawanya berbentuk manusia, dan waktu itu juga orang itu akan terasa terkejud dan bingung saksikan malaikat maut.

    Walau malaikat maut wujudnya hanya satu tetapi atas izin Allah swt, Dia bisa mencabut nyawa seseorang kurun waktu yang berbarengan.

    7 hari terlebih dulu kematian

    Tanda-tanda ini terlihat setelah masuk saat asar, tanda-tanda kematian ini hanya diberikan Allah swt Pada orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang tengah sakit tak berselera makan, mendadak ingin makan. Ini yaitu isyarat dari Allah bila kematian memang benar-benar telah dekat.

    3 hari sebelum dulu kematian

    Disuatu waktu akan merasa denyutan didalam dahi kita, yaitu pada dahi kanan dan dahi kiri. Apabila tanda-tanda kematian ini dapat di rasa jadi sebaiknya berpuasalah kita kemudian. Supaya perut kita tak mempunyai kandungan banyak najis, dan ini akan memudahkan orang lain utk memandikan jasad kita.

    Lalu juga mata hitam kita tak bercahaya lagi, dan untuk orang yg sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk dalam, ini dapat tampak jelas apabila dilihat dari segi tubuh kita. Telinga bakal layu dan berangsur-angsur masuk dalam. Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan dan susah untuk ditegakkan lagi.

    Satu hari sebelum kematian

    Tanda-tanda kematian ini bisa berjalan setelah waktu ashar, kita bakal rasakan denyutan di bagian ubun-ubun, ini menyaratkan kita sudah tak pernah lagi saksikan waktu ashar di keesokan harinya.

    Tanda-tanda terakhir

    Kita akan rasakan sejuk di bagian pusat, lalu turun ke pinggang dan selalu naik ke sisi halkum.

    Pada sekarang ini baiknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan beberapa sering membaca syahadat. Mengatur hati, fokus fikiran kita hanya pada satu arah yaitu Allah swt. Dengan hal itu semoga dengan sedikit pengetahuan mendekati kematian, kita punyai kesiapan untuk menghadapinya.

     

    Sumber:tolongbagi.com

  • in

    Wanita Ini Dedah Rahsia Miliki Pendapatan Lebih RM10K Sebulan Hanya Sebagai Personal Shopper

    Zaman semua di hujung jari ini menyebabkan ramai antara kita yang senang membeli belah dalam talian sahaja. Terdapat juga faktor lain menyumbang kepada situasi ini seperti malas nak drive, susah cari parking ataupun tidak gemar bersesak-sesak-sesak  dengan orang lain di luar.

    MUDAHKAN URUSAN

    Keadaan ini menyebabkan ramai yang hanya membeli belah dalam talian. Selain itu ada juga segelintir yang menjadi Personal Shopper atau PS. Lagi memudahkan urusan untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk bershopping.

    Ternyata kerjaya sebagai personel shopper ini kian diminati dan mendapat tempat di kalangan mereka terutama yang baru lepsan ijazah. Tugas sebagai PS ini waktu kerjanya lebih fleksibel dan sesuai bagi mereka tidak suka makan gaji. Malah pendapatan mereka juga dianggap lumayan.

    Baru-baru ini tural di mana seorang personal shopper, Rafidah, 28 tahun yang telah lama bermaustautin di Kanada menceritakan pengalamannya bergelar PS.

    Sejak empat tahun lalu bergelar ‘Personal Shopper’.

    Bercerita kepada Hijabista, bagaimana dia bermula menjadi seperti hari ini. Menurutnya dia adalah seorang freelance translator di Kanada dan secara tidak langsung terus bertindak sebagai PS.

    BARANGAN BERJENAMA

    Sebenarnya sudah hampir empat tahun Rafidah menjadi PS. Bukan sebarangan barang yang dijual secara online, tetapi kebanyakannya adalah barangan berjenama. Antaranya COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, (LE CREUSET FROM FRANCE). Dia juga turut menerima tempahan barangan berjenama EROPAH seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL, GIVENCY. Istimewanya Rafidah juga turut menawarkan ANSURAN SEBANYAK 3 KALI atau MENERIMA BAYARAN PENUH.

    Boleh membuat bayaran secara ansuran.

    Menceritakan pengalamannya, dia ketika itu hanya memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan.

    “Oleh sebab saya tinggal di Montreal, Kanada, saya telah pergi sendiri ke outlet dan butik untuk membeli beg dan kemudiannya membuat promosi dengan meletakkan gambar-gambar koleksi beg tangan dan kitchenware di personal FB miliknya.

    “Dan apabila pelanggan telah ramai, Rafidah mula membuka FB ppage sendiri https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah Daripada situlah dia membina repo yang baik dengan follower baru dan lama. Bukan mudah untuk mengumpul follower tetapi setiap hari ada sahaja post yang di update,” ujar Rafidah yang menjual barangan ini kerana ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik .

    Sedia untuk di post kepada pelanggan.

    Menurut Rafidah, bukan mudah untuk berjaya dan dia juga tidak lokek berkongsi bagaimana untuk menjadi PS yang berjaya terutama bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini.

    Personal Shopper juga sama kerjayanya seperti sales person. Perlu sentiasa berusaha dan mencari idea kreatif untuk mengembangkan bisnes.

    2. Mesti minat dengan urusan jual beli terutamanya barang yang dijual, pandai berkomunikasi dengan pelanggan adalah kunci utama kerana kebanyakan pembeli adalah ‘stranger’ dan punya pelbagai karenah.

    3. Harus jujur dengan apa yang dijual. Maksudnya tahu asal usul barang tu. Jika original beritahu secara terperinci, kalau barang tiruan beritahu tiruan. Jangan sesekali menipu pelanggan.

    4. Bina platform business di FB personal, cipta FB page atau cipta Instagram account khusus untuk mempromosikan barang yang dijual.

    5. Kepercayaan pelanggan juga amat penting untuk menjadi PS. Bila pembeli percaya PS, mereka pasti akan membeli lagi dengan kita pada masa akan datang. Paling kurang pun mereka akan memberitahu rakan2, keluarga dan mempromosi business anda di sosial media.

    6. Cipta strategi pemasaran dan promosi dengan kreatif, seperti share video shopping trip, rajin buat demo barangan yang dijual, sediakan ansuran dan sebagainya.

    7. Saya pastikan customer saya adalah rakan alam maya. Saya treat mereka sebaik mungkin. Saya kongsikan percutian, tips agar mereka merasakan seperti bershopping bersama2 saya.

    8. Bertanggungjawab dengan sebarang kecelakaan. Contohnya saya sedaya upaya akan selesaikan masalah dalam proses penghantaran, jika tidak dapat diselesaikan, refund duit customer.

    ELAK KENA TIPU

    Menurut Rafidah sejak memulakan bisnes ini dia juga menerima banyak maklum balas dari pelanggan terutama soal penipuan barang. Justeru dia turut member tip untuk para online shopper agar tidak rugi duit dan masa.

    Tidak lokek berkongsi tip.

    1. KENAL PASTI PENJUAL
    Lihat post terdahulu penjual dan tahu latar belakang siapakah penjual anda.
    Anda harus semak barang apa yang dijual. Datang dari mana dan betul atau tidak barang itu wujud.
    Nak tahu wujud, kena lihat review dan komen pembeli. ( Saya yakin bahawa pembeli yang baik untuk penjual yang baik. InshaAllah).

    2. BACA, BACA, BACA
    Jangan seronok tengok gambar barang sehingga lupa untuk lakukan poin no. 1. Kalau tidak baca, kebarangkalian anda kena tipu sangat tinggi.

    Pembeli yang bijak akan baca semua TERMA & SYARAT. Biar jadi informatif dan ambil tahu apa yang mahu dibeli dari asyik nak minta di ‘PM’. Bila sudah tahu syarat, jika ada masalah nanti dapatlah dibetulkan dan jika anda yang salah, anda tidaklah kelihatan bodoh apabila marah atau beremosi dengan penjual sedangkan diri sendiri yang salah.

    Setelah beli barang, baca informasi terkini dari penjual untuk apa-apa perubahan tentang harga, tarikh bayaran, penghantaran, penerimaan dan lain-lain lagi. Ini sangat penting kerana penjual anda kadang kala tidak dapat membalas dengan segera kerana berada di luar kawasan atau berbeza waktu dari Malaysia.

    Baca ‘latest post’ di FB page, blog, website penjual anda.

    Rambang mata.

    3. PEMBELI BIJAK VS MALAS
    Setelah membuat tempahan, sila buat bayaran deposit atau langsaikan dengan segera. Jika lambat barang mungkin terlepas.

    Hargai masa penjual dan masa anda sendiri juga. Jika anda yakin dengan barang yang nak dibeli minimumkan waktu pembelian. Itulah sebabnya anda gunakan internet berbanding keluar membeli sendiri.

    Jangan bermain-main dengan penjual. Terus terang jika mahu atau tidak. Say YES OR NO. Beli barang ikut kemampuan anda. (Jangan sampai berhutang ya). Berdolak dalih atau buat bayaran lambat akan merumitkan keadaan kemungkinan habis ‘burned’ semua duit anda nanti. Ikutlah terma bayaran. Kalau minta bayar waktu ini, bayar. Jangan ikut sesuka hati nak bayar bila. Ada masalah membayar beritahu penjual secepat mungkin. Jangan senyap kerana masalah boleh dibincangkan. Penjual yang baik akan memahami dan bertolak ansur.

    Jika anda tidak lakukan poin 1 & 2 kerana malas, anda mungkin akan ditipu! Jadilah pembeli bijak supaya tak menyesal kemudian hari.

    ELAKKAN minta IC penjual, mahu laporkan pada Polis dan lain-lain. This is ridiculous! Jika anda sudah cukup informasi tentang barang, kaji latar belakang penjual, membaca, buat sedikit research maka anda tak perlu buang masa untuk tanya soalan yang bukan-bukan. Be a Smart Shopper!

    Berikanlah kepercayaan kepada penjual setelah anda yakin dengan mereka. Sekiranya terjadi masalah carilah penyelesaian terbaik.

    Win-win Situation.
    Berkomunikasilah dengan baik ketika berurusan.

    Hanya menjual barangan original.

    4. CATAT INFORMASI
    Semua bayaran yang diberikan dan baki bayaran perlu direkod. Jika anda sendiri tidak tahu, anda mudah ditipu penjual.

    Simpan nombor akaun penjual dan rekod bayaran (printscreen atau tulis di buku). Jika ada kesalahan boleh tunjukkan bukti kepada bank dan penjual.

    Kira sendiri peratusan bayaran deposit dan bayaran ansuran kemudian rekodkan. Bergantung sepenuhnya kepada penjual adalah tidak digalakkan kerana kesalahan mungkin berlaku. Anda akan rugi masa kerana perlu semak mesej lepas dan buat pengiraan semula.

    Melihat kejayaannya mencipta nama sebagai PS di luar negara,  admin sempat bertanya berapa pendapatannya yang berjaya diperoleh. Menurut Rafidah yang setahun sekali balik ke Malaysia ini memberitahu pendapatannya sangat subjektif dan mengikut sales. Apabila ditanya adakah mencecah RM10k sebulan, Rafidah yang dihubungi melalui alam maya ini hanya memberitahu boleh dapat lebih daripada itu. Siapa berminat boleh juga melayari websitenya www.rafidah.com atau di laman IG.

    Sumber > Hijabista > Dapatkan sekarang majalah HIJABISTA di kedai-dedai buku berhampiran.

  • in

    Resepi Tomyam Udang Galah Jumbo! Meletop Sungguh!

    Kalau cik abang suka memancing, izinkan sahaja. Mana tahu dapat udang galah saiz XXL macam ni. Bolehlah masak tomyam!

    BAHAN-BAHAN:

    • 600gm udang galah | dibersihkan
    • 2 batang serai | titik
    • 2 sudu makan pes tomyam
    • 5 helai daun limau purut
    • 2 tangkai daun ketumbar
    • 3 sudu teh sos ikan
    • 1cm lengkuas | hiris nipis
    • 2-5 biji cili padi | ikut cita rasa
    • 2 sudu teh jus limau nipis
    • 3 sudu teh susu cair atau santan
    • Garam dan gula secukup rasa

    CARA MEMASAK:

    1. Didihkan airdan masukan serai, lengkuas dan udang galah. Rebus hingga mendidih.
    2. Selepas itu masukkan pes tomyam biarkan mendidih setengah minit.
    3. Kemudian masukkan sos ikan, daun limau purut, susu cair, garam dan gula.
    4. Selepas mendidih seketika masukkan daun ketumbar dan jus limau biarkan 10 saat.
    5. Angkat dan hidang bersama nasi.

    INFO CHEF: Susu atau santan dimasukkan sebagai penambah rasa.

    Sumber > Majalah Rasa

  • in

    TAHNIAH! Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

    Majlis penyampaian hadiah Kuiz Salam Baitullah ke-8 berlangsung di Lobi Wisma Berita, Angkasapuri, baru-baru ini. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Muis Sheffii, Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) kepada tiga orang pemenang utama yang berjaya menjawab soalan dengan tepat berserta slogan menarik.

    Pemenang utama kuiz terkumpul Salam Baitullah 2017 adalah Mohd Rafiq Bin Ismail dari Bachok, Kelantan menerima pakej umrah untuk seorang dan produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM700.00.

    penyampaian hadiah tempat pertama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

    Manakala tempat kedua dimenangi oleh Siti Nooraini Bt Tuhalus dari Muadzam Shah, Pahang dan tempat ketiga dimenangi oleh Hamizah Nur Baiyinah Hamzah dari Endau, Johor Darul Takzim. Masing-masing tempat kedua dan ketiga menerima pakej cruise penyucian jiwa untuk seorang berserta produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM500.00 dan RM300.00.

    “Sepanjang tempoh siaran banyak maklumbalas positif yang diterima daripada penonton program ini. RTM berbangga dengan kerjasama penaja ke arah menyampaikan ilmu yang bermakna kepada seluruh umat Islam. Begitu juga usaha penambahbaikan akan dilakukan untuk program ini pada masa yang akan datang”, menurut Tuan Haji Abdul Muis Sheffii.

    Program Salam Baitullah 2017 sebuah dokumentari terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM bertujuan memaparkan aktiviti jemaah, pengurusan serta operasi sepanjang musim haji. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi maklumat terkini keadaan di Tanah Suci kepada sanak saudara dan umat Islam di tanah air dan sekitar Asia Tenggara.

    Program ini telah disiarkan secara langsung bermula 19 Ogos – 3 September 2017, pukul 9.00 malam – 10.00 malam di TV1 iaitu melibatkan 16 episod siaran.

    Musim kelapan siarannya menampilkan pengacara Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoffree dan Heliza Helmi di samping jemputan tetamu-tetamu hebat seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Imam Muda Asyraf, Dato’ Ustaz Dr. Izhar Ariff, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustazah Dr. Nik Salida, Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Farid Ravi, Ustazah Isfadiah dan ramai lagi.

    Penaja utama Serai Mas Herbs Trading dengan tagline Jus Hidayah Gold, Raja Segala Herba serta penaja bersama Tabung Haji tahun ini telah menaja kru produksi Salam Baitullah ke tanah suci membuat penggambaran dan liputan haji di sana. Kru terlibat adalah Fathil Hidayat Gazali dan Ahmad Muzaffaruddin Iskandar selaku penerbit lokasi tanah suci, Mohd Suhaimi Mahmud (jurukamera), juga dua juruteknik ENG iaitu Muhammad Asyraf Zakaria dan Mohd Jeffri Baharom.

    Program yang mendapat rating tertinggi pada musim haji ini sentiasa menjadi pilihan utama bukan sahaja penonton di Malaysia, malah Brunei dan Singapura juga tidak ketinggalan mengambil bahagian menyertai kuiz dan panggilan telefon di studio.

    sesi temubual bersama pemenang

    Pemenang bergambar bersama Tuan Haji Abdul Muis Sheffii, Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) dan pihak penaja

    artis jemputan ... Dakmie

    Sumber : Budiey

  • in

    Pernah Duit Tinggal RM10 Sahaja Sehari Sebelum Gaji Masuk? Inilah Puncanya…

    Buka dompet nampak duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. Allah… apa silapnya? Ya, ini situasi biasa dilalui kebanyakan orang. Nak tahu punca kena semak banyak sudut dalam konsep berkongsi rezeki mahu pun bab menjaga hati pasangan. Mungkin ini contoh mudah…

    “Awak kan dah kerja, awak bayarlah….” atau “Duit awak pun sama je, nanti saya bayar kemudian. Guna je dulu…” Sampai masa buat senyap!

    Ya, inilah realiti suami yang suka mengelak bab duit nafkah. Padahal, kalau kongsi rezeki dengan isteri, itulah yang akan buka pintu-pintu rezekinya. Cukup, berkira!

    Hari ini, ramai suami yang ambil mudah tentang pemberian wang nafkah buat isteri terutama jika pasangan mereka bekerja.”Dia dah ada gaji, lagipun isteri tak pernah mintak.” Ini yang selalu suami fikirkan.

    Tapi hakikatnya meskipun punya pendapatan sendiri, tetap menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan wang nafkah ini semampu mereka.

    Buat suami yang belum melaksanakan kewajipan ini atau rasa terbeban untuk melunaskannya, baca perkongsian daripada saudara Mahyuddin Mohamed untuk memahami dan melihat hikmah di sebaliknya.

    “Kenapa Papa Kena Bagi Duit Kat Mama?”

    Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

    “Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.

    “Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

    “Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.

    “Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

    Ada Yang Buat-buat Tak Tahu

    Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

    Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

    Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

    Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

    Minta Isteri Halalkan

    “Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
    “Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

    Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

    “Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

    Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

    Dia Kerja, Kenapa Nak Beri Lagi?

    Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu.

    Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini.

    Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

    Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

    Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

    Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

    Percayalah Ada Keberkatan Di Sebalik Pemberian Duit Nafkah

    Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

    Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

    Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

    Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita

    A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

    Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

    Kongsikan dengan suami-suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

    Sumber: Facebook Mahyuddin Mohamed

    Sumber > Mingguan Wanita

Load More
Congratulations. You've reached the end of the internet.