in

5 BARANG IKEA BAWAH RM 100 YANG MAMPU MENCANTIKKAN RUANG DALAMAN RUMAH ANDA


Semua dah tahu IKEA. Samaada makanannya yang lazat atau barangannya yang menarik dan cantik. Kalau tengok katalognya sahaja, sudah mampu membuat anda terbayang-bayang untuk memiliki ruang dalaman yang menarik. Konsepnya yang kemas dan tersusun, produknya pula pelbagai. Dari mainan kanak-kanak, perabot, sehinggal mentol lampu. Sememangnya syurga untuk peminat hisan dalaman.
Tidak dinafikan harganya juga boleh tahan. Tetapi tak ramai yang tahu, sebenarnya ada beberapa barang IKEA yang harganya bawah RM 100 tapi sangat sesuai untuk buat ruang dalaman rumah anda macam showroom IKEA. Nah tengok bawah ni.
1.Lampu Membaca/Lantai LERSTA (RM 69)

Anda Inginkan kelainan atau kurang berpuas hati dengan lampu siling anda ketika membaca? Lampu LERSTA adalah penyelesaiannya. Anda dapat ruang tamu yg lebih ‘style’ dan lampu baca buku yang menarik. 
2.GORLOSE karpet (RM 99)

Lantai anda kelihatan kosong? Warna hitam putih klasik dari karpet GOLROSE ini bakal memberi efek kontras untuk ruang rumah anda. Dan harganya RM99 sahaja. Sekeping karpet bersaiz 133cmx195cm. Kalau rasa tak cukup boleh beli 3 4 helai untuk ruang yang besar. 
3. BOSNAS foot stool with storage (RM 69.90)

Ini boleh dijadikan ‘side table’  di tepi katil anda, tempat rehatkan kaki di ruang tamu, meja papan dam aji di ruang keluarga atau di mana sahaja mengikut citarasa anda… Cubalah !
4. EKBY  wall shelf (RM 23)

Kalau anda rasa ruang belajar, dapur atau di mana sahaja kelihatan kosong, EKBY mungkin pilihan terbaik. Anda boleh susun rak ini secara bertingkat untuk memenuhi ruang dinding yang kosong. Lagi ‘best’ anda boleh ‘spray paint’ untuk menambah karekter ruang anda.
5. Lerberg shelf (RM 69)

Bagi anda yang rasa resah gelisah kalau lihat barangan tidak teratur, ni juga antara benda wajib anda beli di IKEA. Anda bebas untuk mengunakannya mengikut citarasa anda. Untuk pamerkan gambar keluarga, tumbuhan hiasan, buku-buku ataupun piala. Serlahkan kreativiti anda !!
Hah, cukup setakat ini, kalau nak senaraikan semua memang banyak produk IKEA bawah RM100. Anda pasti akan rambang mata nanti. Nanti tak terbuat pula atau terlebih berbelanja.
Walaupun satu-satu ‘item’ bawah RM100, kalau beli 20 terus beratus-ratus juga.
Nota kaki:
Untuk ‘item’ yang memerlukan pemasangan di dinding, kalau tiada kepakaran, anda boleh minta kakitangan IKEA pasangkan dengan bayaran.
Kalau anda nak buat sendiri pun boleh, asalkan ia tidak berhabuk di dalam setor sebab acah-acah nak buat sendiri tapi tidak terbuat.



Sumber Artikle > Blog Decoguru

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Tips Ruang Tamu Kecil Untuk Kelihatan Lebih Luas di Hari Lebaran Ini

Pesawat China Eastern patah balik ke Sydney | Dunia